Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Isabelle Leong
Julai 17, 2020 15:15 MYT
Julai 17, 2020 15:15 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 17 Julai 2020.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas beliau tidak pernah sekalipun menawarkan jawatan sebagai Timbalannya kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau pernah menerima tawaran untuk kekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri, tetapi dengan syarat harus menerajui kerajaan gabungan UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Kes positif COVID-19 di Malaysia kembali kepada dua digit berikutan terdapat 18 lagi kes baharu positif yang dilaporkan pada Jumaat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti empat kluster baharu di negara ini pada Jumaat.
Harga runcit petroleum RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.72 seliter dan RM2.02 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Julai ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan harga runcit diesel juga kekal pada harga RM1.87 seliter.
Kecekapan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam tangani krisis COVID-19, sekali lagi diiktiraf apabila menerima anugerah daripada Yayasan Jenama Dunia (The World Brands Foundation).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan blog yang mendakwa bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditahan sebentar tadi.
Nurflix, saluran penstriman patuh syariah pertama di Malaysia, bakal menayangkan 12 drama dan filem eksklusif tempatan bercirikan Islam mulai Oktober ini.
Indeks Bursa Malaysia mengukuh 1.63 peratus untuk akhiri sesi awal dagangan, mencatatkan keuntungan secara menyeluruh dengan kaunter penjagaan kesihatan kembali meraih keuntungan selepas penurunan semalam.
Susulan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA’ 21) yang dijadual berlangsung 16 hingga 20 Mac tahun depan dibatalkan.
#1MDB
#Astro Awani
#berita dalam negara
#berita pilihan
#berita tempatan
#Bursa Malaysia
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#Kluster baharu