Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 27, 2020 15:00 MYT
Julai 27, 2020 15:00 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 27Julai 2020.
Kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali ke satu angka dengan tujuh kes dilaporkan pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 8,904 kes.
Kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri mahupun daerah untuk orang ramai pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tsunami atau gelombang ketiga COVID-19 boleh berlaku di Malaysia jika rakyat tidak patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Peminat YouTuber sensasi 'Sugu Pavithra' boleh melihat semula kemunculan pasangan itu di saluran mereka selewat-lewatnya pada petang ini.
Selepas lebih dua tahun, nasib bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal terjawab pada Selasa.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pelitup muka fabrik yang hanya mempunyai satu atau dua lapisan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi notis amaran kepada penghuni di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR), yang memasang jeriji besi dan meletakkan halangan di kaki lima rumah masing-masing.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang disita polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences, pada Mei 2018.
Tiga individu termasuk seorang wanita masing-masing dihukum penjara tiga tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menculik seorang kanak-kanak perempuan, dua tahun lepas.
Orang ramai dinasihatkan agar membuat perbincangan dengan bank masing-masing berkenaan komitmen pinjaman mereka, bukan sahaja semasa tempoh moratorium berjalan tetapi juga selepas ia berakhir kelak.
#Aidiladha
#COVID-19
#culik
#DBKL
#Kementerian Kesihatan
#mahkamah
#Najib Razak
#Noor Hisham Abdullah
#PPR
#rentas negeri
#Rosmah Mansor
#SOP