awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moratorium: Bank, pelanggan perlu sentiasa berkomunikasi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/07/2020
14:00 MYT
Moratorium: Bank, pelanggan perlu sentiasa berkomunikasi
Perbincangan penting bagi membolehkan pihak bank memberi bantuan dan kelonggaran sewajarnya menerusi penstrukturan semula pembayaran. - Reuters
Orang ramai dinasihatkan agar membuat perbincangan dengan bank masing-masing berkenaan komitmen pinjaman mereka, bukan sahaja semasa tempoh moratorium berjalan tetapi juga selepas ia berakhir kelak.
Ia penting bagi membolehkan pihak bank memberi bantuan dan kelonggaran sewajarnya menerusi penstrukturan semula pembayaran, yang merupakan usaha industri perbankan dalam pembinaan semula ekonomi negara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Affin Bank Berhad, Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, biarpun pihak bank sendiri menanggung beban yang besar susulan pelaksanaan moratorium, mereka bersedia untuk membantu pelanggan yang terjejas.
"Kami terpaksa menanggung kos RM80 juta selepas pelaksanaan moratorium. Ia memang satu beban yang terpaksa ditanggung oleh sektor perbankan.
"Apa yang penting sekarang, pelanggan perlu berbincang dengan pihak bank dan tanya bentuk bantuan yang boleh diberikan. Kita faham, impak COVID-19 ditanggung hampir semua lapisan masyarakat malah ahli lembaga pengarah di Affin Bank sendiri perlu memotong gaji bulanan mereka," kata Wan Razly.
Wan Razly juga menjangkakan akan wujudnya fasa baharu dalam sektor perbankan apabila moratorium tamat pada September ini, namun tetap komited menyokong kesejahteraan kewangan pelanggan.
"Kami di Affin Bank sedang berbincang dengan Bank Negara dan kerajaan, apa yang perlu kita lakukan pada fasa seterusnya nanti. Buat masa ini, kita memberi pilihan kepada pelanggan membuat penstrukturan semula pembayaran, sama ada dari segi jumlah bayaran bulanan atau memanjangkan tempoh pinjaman.
"Dalam masa yang sama kami masih berbincang berkenaan beberapa lagi strategi dan mengadakan dialog dengan kerajaan," ujarnya.
Beliau ditemui pada sidang media pelancaran Pelan Metamorfosis yang dikenali sebagai Affinity in Motion untuk tahun kewangan 2020-2022 (AIM22), pada Isnin.
AIM22 melibatkan beberapa bahagian utama antaranya fokus pulangan ekuiti, menurunkan keseluruhan kos dana dengan merancang semula kunci kira-kira, transformasi digital bagi mengurangkan jurang bank dengan rakan pemain industri dan fokus modal insan dan produktiviti.
Topic Berkaitan
#Affin Bank Berhad
#bank
#Bank Negara
#ekonomi
#kerajaan
#Moratorium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan