awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang murid di Pontian disahkan dijangkiti tibi - Exco
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Notis amaran buat penghuni PA, PPR, yang pasang jeriji besi halang laluan - DBKL

Bernama
Bernama
27/07/2020
11:37 MYT
Notis amaran buat penghuni PA, PPR, yang pasang jeriji besi halang laluan - DBKL
Tindakan penamatan perjanjian penyewaan rumah juga boleh dilaksanakan seperti yang termaktub di dalam klausa 7.01 (b) dan 7.01 (f) Dokumen Perjanjian Penyewaan Rumah DBKL. -Bernama
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi notis amaran kepada penghuni di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR), yang memasang jeriji besi dan meletakkan halangan di kaki lima rumah masing-masing.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad berkata, sekiranya penghuni PA dan PPR masih ingkar dengan notis yang diberikan, DBKL akan menjalankan operasi bersepadu memotong jeriji besi, selain menyita dan mengangkut dengan serta merta kesemua barangan yang menghalang laluan.
"DBKL memandang serius hal ini. Laluan kaki lima adalah kawasan guna sama semua penghuni dan bukan menjadi milik mereka.
"Perbuatan memasang jeriji besi dan meletakkan halangan mendatangkan kesukaran kepada pelbagai pihak, terutamanya anggota keselamatan seperti polis, bomba, anggota penguatkuasa DBKL, sekiranya berlaku kes-kes kecemasan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Khairul Azmir berkata, tindakan penamatan perjanjian penyewaan rumah juga boleh dilaksanakan seperti yang termaktub di dalam klausa 7.01 (b) dan 7.01 (f) Dokumen Perjanjian Penyewaan Rumah DBKL.
"Tahun ini, DBKL telah menjalankan operasi memotong jeriji besi di beberapa kawasan PA dan PPR, antaranya adalah PPR Beringin, PPR Intan Baiduri dan PPR Batu Muda," katanya.
Menurut beliau, DBKL akan terus memantau setiap kawasan PA dan PPR yang didapati melakukan pemasangan jeriji besi dan meletakkan halangan kaki lima dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penghuni terjamin sebaiknya.
Topic Berkaitan
#DBKL
#jeriji
#keselamatan
#perumahan
#PPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan