Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 1, 2020 15:02 MYT
Oktober 1, 2020 15:02 MYT
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 1 Oktober 2020.
Kementerian Kesihatan mengesahkan 260 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Khamis sekali gus merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sejak Februari.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaksanakan tatacara kemasukan baharu bagi setiap warga tempatan dan warga asing yang ingin memasuki negeri ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan status yang dimuat naik di akaun Twitter mengenai saranan duduk di rumah bukan perkara baharu yang disuarakan beliau.
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah, berkuat kuasa pukul 12:01 tengah malam esok (3 Oktober) hingga 16 Oktober ini.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ketika ini kerajaan sedang meninjau harga indikatif pemerolehan bagi vaksin itu yang dianggarkan berharga antara AS$5 hingga AS$20 (RM21 hingga RM83) seorang.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau telah diarah oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memaklumkan perkara tersebut.
Tiada lagi hantaran di media sosial mengenai aktiviti menaiki basikal selain jarang memuat naik berita kerjaya seninya membuatkan peminat-peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza tertanya-tanya benarkah buah hati kesayangan Malaysia ini sedang berbadan dua.
Pengurusan pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin, mengesahkan kedua-dua mereka dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke ibu pejabat agensi itu di Putrajaya, hari ini.
9) Cium wanita, tonton video lucah: Golongan profesional, penuntut IPT antara pengikut Hizbut Tahrir
Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay turut mengesahkan pihaknya menerima 17 laporan berhubung kes fahaman Hizbut Tahrir di negeri itu.
Barangkali, generasi muda hari ini tidak begitu mengenali wajah dan suaranya, namun, hakikatnya, Zulkarnain Hassan merupakan ikon terbilang yang pernah dilahirkan oleh gelanggang sukan tanah air.
#Khairy Jamaluddin
#Ahmad Maslan
#Zahid Hamidi
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#UMNO
#SPRM
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKP
#PKPP
#koronavirus