JOHOR BAHRU:Polis mengesan 80 pengikut fahaman Hizbut Tahrir di Johor yang terdiri daripada golongan profesional dan penuntut universiti awam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay turut mengesahkan pihaknya menerima 17 laporan berhubung kes fahaman Hizbut Tahrir di negeri itu.
Beliau pada masa sama memberi amaran keras kepada fahaman itu supaya tidak bertindak melangkaui garisan keselamatan sehingga mengganggu-gugat keharmonian Johor khususnya.
Tegas Ayub, mereka yang ditangkap boleh didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) jika berbuat demikian.
“Saya tidak dapat memberi keterangan tapi yang pasti ada dalam kalangan ahli akademik kanan yang terlibat dalam Hizbut Tahrir dan kita sedang pantau isu ini.
“Walaupun isu ini berkaitan isu fatwa yang dibuat di Jabatan Agama Islam Johor, tetapi polis pantau aktiviti mereka sebab kalau mereka melangkaui garisan keselamatan itu, polis akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada Khamis.
Pada Rabu, Jabatan Agama Islam Johor bersama Jabatan Mufti Johor memaklumkan pihak mereka menolak sekeras-kerasnya fahaman Hizbut Tahrir yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Antara fahaman golongan itu termasuk harus mencium wanita bukan mahram tanpa maksud zina serta menonton video lucah.
Ernalisa Othman
Thu Oct 01 2020

Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay turut mengesahkan pihaknya menerima 17 laporan berhubung kes fahaman Hizbut Tahrir di negeri itu. - Foto Fail

Kempen vaksinasi COVID-19 bermula di Thailand
Program vaksinasi itu diadakan pada Ahad di sebuah institusi penyakit berjangkit di pinggiran Bangkok.

Sungai Tercemar: Ribuan ikan air tawar ditemui mati
Sejak tiga minggu lalu, ribuan bangkai ikan air tawar ditemui di permukaan Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Gua Musang. Namun, sejak tiga hari lalu, kejadian sama berulang secara misteri.

Tiada kelebihan wakil rakyat lompat parti - Penganalisis politik
Kekuatan sesebuah parti terletak kepada sokongan akar umbi dan bukan bergantung kepada penghijrahan wakil rakyatnya.

Politik | Tukar parti, adakah tanda ada krisis?
Wakil rakyat dari Parti Amanah Negara (Amanah) disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin A. Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.

COVID-19: Chow Kon Yeow disuntik vaksin, program imunisasi Pulau Pinang bermula
Kon Yeow menerima suntikan di Auditorium Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.

PM lancar Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030
Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini
Langkah berkenaan diambil susulan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin.

'Saya harap tak kena buli' - Sherry Alhadad teruja ke udara bersama JoHaRa 1 Mac ini
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu Sherry Alhadad ke udara bersama JoHaRa Pagi ERA.

"Harap tak kena buli," Sherry Alhadad teruja nak mulakan sesi bersama JoHaRa
Segmen JoHaRaRy akan menemui para pendengar ERA secara rasminya bermula 1 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri
Ayam tersebut dilengkapi pisau tiga inci dikenali sebagai 'kodi kathi untuk acara sabung haram.

Cium wanita, tonton video lucah: Golongan profesional, penuntut IPT antara pengikut Hizbut Tahrir
Mereka yang ditangkap boleh didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) jika berbuat demikian.

'Kami mahu serangan di Syria dihentikan!' - Hizbut Tahrir Malaysia
Memorandum bantahan diserahkan kepada Suruhanjaya Tinggi Britain dan Kedutaan Perancis oleh Hizbut Tahrir Malaysia bagi membantah serangan ke atas Syria.