Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 18, 2021 15:41 MYT
Antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Mac 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Mac 2021.
1. Ada gerakan dalam PDRM mahu jatuhkan saya - KPN Hamid Bador
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan, wujud kartel melibatkan pegawai muda dalam PDRM yang bercita-cita menjatuhkan beliau dan mendominasi pasukan keselamatan negara.
2. Sultan Johor zahir rasa dukacita kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru kepada Kerajaan Persekutuan agar meneruskan rayuan dalam prosiding berhubung kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
3. Kes Zahid Hamidi: RM360,000 dana Yayasan Akalbudi untuk soal selidik, kajian pengundi - Saksi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Yayasan Akalbudi memberi RM360,000 kepada TS Consultancy & Resources yang ditubuhkan bagi menjalankan soal selidik dan kajian pengundi.
4. 'Lompat menjadi-jadi, belum tentu dapat majoriti' - Tun Mahathir sindir Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan 14 perkara yang menurut beliau pincang dalam pentadbiran ketika ini, termasuk situasi lompat parti yang semakin kerap berlaku.
5. Kes Zahid Hamidi: Tiada dokumen ditemui kerana Yayasan Akalbudi 'tidak wujud' - Saksi
Saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak beroperasi di alamat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
6. Fasa peralihan monsun babit ribut petir, hujan lebat berterusan hingga pertengahan Mei
Fasa peralihan monsun dijangka berterusan sehingga pertengahan Mei tahun ini dengan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang boleh berlaku khususnya pada petang dan awal malam, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
7. Kejohanan sukan di stadium dibenarkan dengan kehadiran penonton mulai 1 April ini - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju untuk membenarkan kejohanan sukan dengan kehadiran penonton di stadium atau venue bermula 1 April ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
8. Jururawat meninggal dunia akibat serangan jantung, bukan vaksin COVID-19 - KP Kesihatan
Seorang jururawat yang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada minggu lalu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Bandar Seri Astana, Sungai Petani, awal pagi Rabu. Bagaimanapun, kematiannya itu disahkan tidak mempunyai kaitan dengan suntikan vaksin, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
9. Larangan rentas negeri kekal sehingga KKM berpuas hati - Ismail Sabri
Keputusan larangan rentas negeri masih kekal sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpuas hati dengan penurunan kes COVID-19.
10. Bolehkah saya menerima vaksin COVID-19? Ini penjelasan untuk anda
BOLEHKAH saya menerima vaksin COVID-19? Ini antara soalan yang sering ditanya. Berikut sedikit pencerahan untuk anda yang mungkin tertanya-tanya berkenaan kelayakan pengambilan vaksin.
#berita pilihan #Kalimah Allah #Sultan Ibrahim #Ketua Polis Negara #berita tumpuan #berita tempatan #berita Malaysia #rentas negeri #KKM #vaksin #COVID-19