KUALA LUMPUR: Seorang jururawat yang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada minggu lalu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Bandar Seri Astana, Sungai Petani, awal pagi Rabu.
Bagaimanapun, kematiannya itu disahkan tidak mempunyai kaitan dengan suntikan vaksin berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah seperti diaporkan BH.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, wanita berusia 45 tahun yang mempunyai rekod penyakit darah tinggi itu meninggal dunia jam 2.45 pagi Rabu.
Katanya, wanita itu menerima suntikan vaksin COVID-19 pada 12 Mac lalu.
"Hasil temu bual bersama suami wanita itu mendapati, isterinya bertugas di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) Hospital Pulau Pinang selama hampir 20 tahun.
"Pada 12 Mac lalu, wanita itu menerima suntikan vaksin COVID-19 di tempat kerja. Dia mengadu lenguh badan dan sehingga 16 Mac (Selasa) dia masih mengadu sakit seluruh badan dan sesak nafas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Adzli berkata, wanita berkenaan mengadu sakit badan dan masuk ke bilik untuk tidur pada jam 11.30 malam Selasa, namun suaminya menyedari dia tidak memberi sebarang respons ketika dikejutkan beberapa jam kemudian.
"Berikutan itu, suaminya menghubungi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan setibanya pasukan perubatan di rumah mereka, pemeriksaan mendapati wanita itu sudah meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, BH pada Khamis melaporkan, Dr Noor Hisham berkata, jururawat terbabit disahkan meninggal dunia disebabkan penyakit yang dihidapinya.
"Jururawat berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung lima hari selepas vaksinasi, tiada kaitan dengan suntikan vaksin yang diberikan," katanya.
Astro Awani
Thu Mar 18 2021
Dr Noor Hisham berkata, jururawat terbabit disahkan meninggal dunia disebabkan penyakit yang dihidapi olehnya. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Wujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas depani negara menua - Senator
Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan agar kerajaan mewujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas sebagai persediaan mendepani cabaran Negara Menua 2030.
KKM nafi jururawat akan disuntik vaksin Virus X
KKM memaklumkan, maklumat berkenaan tidak tepat dan disifatkan tidak bertanggungjawab.
Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital
Seorang jururawat Lucy Letby didapati bersalah membunuh tujuh bayi dalam unit neonatal ketika bekerja di Hospital Countess of Chester di barat laut England.
Denmark mansuh syarat ujian bahasa Denmark sebagai keperluan untuk jadi jururawat
Jururawat dari negara bukan EU akan menjalani tempoh percubaan selama enam bulan sebelum menerima kelulusan akhir.
Isu uniform ketat: Jangan jadikan jururawat bahan kritikan - Nga
Ahli Parlimen pembangkang, khususnya dari Pas tidak sepatutnya menjadikan jururawat sebagai bahan kritikan.
Johor mohon selesaikan isu kekurangan jururawat, doktor
Kekurangan jururawat dan doktor menyebabkan beberapa wad yang membabitkan jumlah katil yang besar tidak dapat digunakan.
Jururawat masyarakat redah hutan demi kesihatan Orang Asli
Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kejururawatan, Soria menyifatkan tanggungjawab tersebut mempunyai cabaran berbeza dan istimewa.
Kerajaan sentiasa hargai, sokong jururawat di negara ini - Dr Zaliha
Menteri Kesihatan harap semua jururawat terus berusaha dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.
Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri berusia 6 bulan
Zahrul Ashrik Zulkaflee mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Sarawak perlukan lebih ramai jururawat - Timbalan Premier
Sarawak memerlukan lebih ramai jururawat untuk penjagaan akut, penjagaan khusus dan untuk penempatan di klinik-klinik kawasan pedalaman.