awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Lompat menjadi-jadi, belum tentu dapat majoriti' - Tun Mahathir sindir Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2021
05:00 MYT
'Lompat menjadi-jadi, belum tentu dapat majoriti' - Tun Mahathir sindir Muhyiddin
Ahli Parlimen Langkawi itu menyenaraikan 14 perkara, mengetengahkan beberapa perkara yang beliau dakwa pincang dalam pentadbiran kini. - Foto/Reuters
KUALA LUMPUR: "Malaysia boleh. Darurat semua boleh. Syabas Malaysia."
Itu luahan berbaur sindiran oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terhadap kerajaan dalam satu entri di blognya, pada Rabu.
Ahli Parlimen Langkawi itu menyenaraikan 14 perkara, mengetengahkan beberapa perkara yang beliau dakwa pincang dalam pentadbiran kini.
Antara yang turut disenaraikan ialah tentang situasi lompat parti yang semakin kerap berlaku.
"Darurat masih ada, Perdana Menteri boleh buat apa sahaja.
"Lompat menjadi-jadi. Dua, tiga lompat masuk Parti Kerajaan.
"Belum tentu Muhyiddin dapat majoriti. Lompat keluar tak tahu?
"Sebab lompat? Kita tahu la. Cash is king," tulis beliau.
Turut dipertikaikan oleh Tun Mahathir ialah Parlimen yang belum dipanggil bersidang meskipun situasi semakin baik ketika ini.
"Apa perlu Parlimen? Apa perlu pilihan raya? Habis masa, habis duit.
"Beli orang, panggil mereka wakil rakyat, Kerajaan tertubuh – selamat berbillion Ringgit.
"Tak cukup duit, naik denda," dakwa ahli politik veteran berusia 96 tahun itu lagi.
POLITIK NEGARA 1. Darurat masih ada, Perdana Menteri boleh buat apa sahaja.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) March 17, 2021
Topic Berkaitan
#Tun Mahathir Mohamad
#Malaysia
#kerajaan
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan