MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita yang menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Mac 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Mac 2021.
1. COVID-19: Tiada pilih kasih dalam kes langgar SOP - Polis
Tiada isu pilih kasih, golongan 'kayangan' atau artis. Sebaliknya polis memberi jaminan tindakan sama akan dikenakan terhadap mereka yang gagal mematuhi protokol operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) yang ditetapkan kerajaan.
2. Dakwaan langgar SOP: Siasatan video tular Najib lengkap - Polis
Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ketika berada di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang, di sini, minggu lalu.
3. Empat sekeluarga maut kereta bertembung treler di Bentong
Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, di Bentong kira-kira 195 kilometer dari sini, awal pagi tadi.
4. Ekonomi: Import dan eksport Malaysia kembali catat pertumbuhan dua digit
Selepas 12 bulan Malaysia kembali mencatatkan pertumbuhan positif dua digit bagi import dan eksport menurut laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri yang dikeluarkan pada Isnin.
5. Kapal MV Ever Given berjaya dialihkan
Pasukan penyelamat berjaya mengalihkan kapal MV Ever Given di Terusan Suez setelah hampir seminggu tersekat di laluan perdangangan paling penting di dunia itu.
6. Lawan COVID-19: Agong seru kerjasama semua pihak
Usaha melawan pandemik COVID-19 wajar digalas menerusi kerjasama semua pihak termasuk kerjasama antara kerajaan dan rakyat serta melalui semangat setiakawan yang erat dari seluruh rakyat.
7. Air Selangor jangka gangguan air antara 48 hingga 68 jam bermula 30 Mac, 6 April
Sebanyak 89 kawasan di wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan air berjadual antara 48 hingga 68 jam bermula 30 Mac dan 6 April depan.
8. ECRL: Kerajaan rugi RM1.25 juta sehari akibat kelewatan kerajaan negeri Selangor - Mohd Zuki
Kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM1.25 juta sehari bersamaan hampir RM450 juta setahun, susulan pendirian kerajaan negeri Selangor untuk tidak bersetuju dengan cadangan penjajaran semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
9. Letak jawatan: Sebahagian Menteri, Timbalan Menteri UMNO bertemu PM?
Menteri-menteri UMNO dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) untuk menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada bila-bila masa.
10. COVID-19: 941 kes baharu, jumlah jangkitan turun tiga angka
Sebanyak 941 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 342,885 kes.

#berita pilihan
#berita tempatan
#Astro Awani
#berita dalam negara
#COVID-19
#SOP
#Najib Razak
#Air Selangor
#ECRL
#UMNO