KUALA LUMPUR: Selepas 12 bulan Malaysia kembali mencatatkan pertumbuhan positif dua digit bagi import dan eksport menurut laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri yang dikeluarkan pada Isnin.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata eksport Malaysia kekal pada paras yang tinggi, merekodkan peningkatan ketara 17.6 peratus kepada RM87.6 bilion, berbanding kenaikan 6.6 peratus pada Januari 2021.
Ini adalah pertumbuhan tahun ke tahun tertinggi dalam tempoh 28 bulan dan didorong oleh eksport domestik dan eksport semula.
"Eksport domestik berjumlah RM71.4 bilion menyumbang 81.6 peratus kepada jumlah eksport, meningkat 10.4 peratus sementara eksport semula bernilai RM16.1 bilion, meningkat 65.0 peratus tahun ke tahun.
"Import Malaysia pada Februari 2021 berjumlah RM69.7 bilion, mencatat pertumbuhan kukuh dua digit 12.7 peratus berbanding bulan yang sama 2020 dan Ini adalah pertumbuhan tahun ke tahun yang tertinggi sejak Julai 2018.
"Lebihan dagangan berjumlah RM17.9 bilion, menjadikan ia lebihan dagangan bagi bulan ke-10 berturut-turut sejak Mei 2020," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, jumlah dagangan yang bernilai RM157.3 bilion meningkat 15.4 peratus tahun ke tahun.
Jabatan Perangkaan Malaysia juga melaporkan bahawa peningkatan dalam eksport didorong oleh eksport yang lebih tinggi ke China (+RM3.4 bilion), Amerika Syarikat (+RM2.1 bilion), Singapura (+RM1.5 bilion), Hong Kong (+RM1.3 bilion) dan Kesatuan Eropah (+RM1.0 bilion).
Sementara itu, kenaikan import terutamanya dari China (+RM6.2 bilion), Indonesia (+RM1.1 bilion) dan Thailand (+RM819.3 juta).
Produk utama yang menyumbang kepada peningkatan eksport adalah barangan elektrik dan elektronik (+RM6.4 bilion); keluaran getah (+RM4.4 bilion); keluaran petroleum (+RM1.6 bilion); kimia dan bahan kima (+RM873.8 juta) dan barangan perkilangan logam\ (+RM799.1 juta).
Afiezy Azaman
Mon Mar 29 2021
Malaysia kembali mencatatkan pertumbuhan positif dua digit bagi import dan eksport selepas 12 bulan. - Gambar fail/BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
Jumlah perdagangan Malaysia naik 2.1 peratus kepada RM244.3 bilion pada Oktober - DOSM
Jumlah perdagangan Malaysia naik 2.1 peratus kepada RM244.3 bilion pada Oktober 2024.
Iraq kurangkan eksport minyak kepada 3.3 juta tong sehari
Kementerian Minyak Iraq mengumumkan bahawa negara itu mengurangkan pengeluaran minyaknya kepada 3.3 juta tong sehari.
Eksport lada Malaysia bernilai RM86.4 juta sehingga Julai tahun ini - Chan
Eksport lada Malaysia meningkat kepada RM86.4 juta bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini berbanding RM80.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
India hapus sekatan harga minimum eksport beras basmati, bawang
Kerajaan juga telah menarik balik syarat-syarat MEP bagi eksport bawang dan mengurangkan duti eksport daripada 40 peratus kepada 20 peratus.
China kekal sebagai pusat perdagangan Asia - S&P Global Ratings
China dalam pasaran maju tetapi meningkat kepada pasaran sedang pesat membangun.
Penubuhan SG4 mampu teroka potensi besar REE - Zahid
Harga pasaran global bagi REE telah jatuh sebanyak 70 peratus akibat lambakan bahan tersebut oleh negara pengeksport tertentu.
Sasar jadikan Pelabuhan Klang antara 10 paling sibuk global - Anthony Loke
Selepas raih kedudukan pelabuhan ke-11 paling sibuk global pada 2023, Loke mahu sasaran dalam kelompok 10 itu dapat dicapai menjelang tahun depan.
Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai 2024 daripada 1.21 juta tan pada Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Kemboja peroleh AS$269 juta daripada eksport getah dalam tempoh 7 bulan pertama 2024
Negara itu memperoleh hasil sebanyak AS$269 juta daripada eksport komoditi itu dalam tempoh Januari-Julai tahun ini.