ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 April 2021.

1. Zahid Hamidi nafi rakaman audio perbualan bersama Anwar Ibrahim

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan terdapat perbualan antara beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular di media sosial dan dilaporkan media.

2. Pelakon Noryati Taib meninggal dunia

Pelakon drama Noryati Taib, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Makcik Petir', meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi.

3. Bekalan air di Kuala Lumpur, Gombak belum pulih sepenuhnya

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih dalam proses menstabilkan sistem agihan bekalan air setakat jam 6 pagi hari ini di wilayah Kuala Lumpur dan Gombak.

4. Suami isteri mengaku tidak bersalah cabul, dera kanak-kanak di pusat kebajikan

Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mencabul dan mendera empat kanak-kanak di sebuah pusat kebajikan, tempat isterinya bekerja dekat sini, antara April 2019 hingga Mac lepas.

5. 21,338 warga asing miliki PLKS palsu diburu

Jabatan Imigresen percaya terdapat penglibatan kakitangan agensi itu yang membantu sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu.

6. Kenapa masuk wang ke akaun Najib? Hanya Jho Low tahu sebabnya - Peguam

Hanya ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low boleh menjawab mengapa wang jutaan ringgit dari SRC International Sdn Bhd disalurkan ke akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata peguam.

7. COVID-19: 1,139 kes baharu, empat kematian

Malaysia merekodkan sebanyak 1,139 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 354,468 kes.

8. Kes rogol Paul Yong: Saksi sahkan terdapat dua kesan koyakan baharu pada alat sulit mangsa

Pakar Sakit Puan dan Ibu Hamil Jabatan Obstektrik dan Ginekologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Dr Nilawati Isha mengesahkan bahawa terdapat dua kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong.

9. 'Ada orang suara macam saya' - Anwar nafi terlibat audio tular perbualan bersama Zahid

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan terbabit dalam audio tular perbualan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

10. Anggap diri tak sesuai kerja restoran, remaja perempuan ditahan tipu positif COVID-19

Hanya kerana berasa tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran di sini, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menipu majikan kononnya dia dijangkiti COVID-19.