Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 7, 2021 15:59 MYT
April 7, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 April 2021.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan terdapat perbualan antara beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular di media sosial dan dilaporkan media.
Pelakon drama Noryati Taib, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Makcik Petir', meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih dalam proses menstabilkan sistem agihan bekalan air setakat jam 6 pagi hari ini di wilayah Kuala Lumpur dan Gombak.
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mencabul dan mendera empat kanak-kanak di sebuah pusat kebajikan, tempat isterinya bekerja dekat sini, antara April 2019 hingga Mac lepas.
Jabatan Imigresen percaya terdapat penglibatan kakitangan agensi itu yang membantu sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu.
Hanya ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low boleh menjawab mengapa wang jutaan ringgit dari SRC International Sdn Bhd disalurkan ke akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata peguam.
Malaysia merekodkan sebanyak 1,139 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 354,468 kes.
Pakar Sakit Puan dan Ibu Hamil Jabatan Obstektrik dan Ginekologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Dr Nilawati Isha mengesahkan bahawa terdapat dua kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan terbabit dalam audio tular perbualan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Hanya kerana berasa tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran di sini, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menipu majikan kononnya dia dijangkiti COVID-19.
#berita pilihan
#berita dalam negara
#Astro Awani
#berita tempatan
#COVID-19
#vaksin
#Anwar Ibrahim
#Zahid Hamidi
#UMNO
#PKR
#Air Selangor
#Najib Razak
#Jho Low