MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 April 2021.
Mahkamah Rayuan dimaklumkan hari ini bahawa pihak pendakwaan bersikap selektif ketika mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas pertuduhan pecah amanah (CBT) berkaitan dana SRC International Sdn Bhd.
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, banyak pihak terutama ahli-ahli UMNO meletakkan harapan tinggi terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memimpin parti itu dengan baik.
Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, rakaman audio perbualan antara dua individu yang mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial sejak semalam adalah asli.
Ahli-ahli akar umbi UMNO semakin resah dan keliru selepas perbualan telefon yang dikatakan antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tular sejak kelmarin, kata Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff.
Seorang pembantu kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, atas tuduhan membunuh dengan membuang bayi lelaki yang dilahirkan oleh teman wanitanya, hujung bulan lalu.
Mekah bersedia menerima jemaah umrah yang sudah menerima suntikan vaksin sempena Ramadan. Perkara itu diumumkan pihak berkuasa berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, selaku Gabenor Mekah Putera Khaled Al-Faisal.
Ada usaha daripada pihak tertentu yang cuba untuk membatalkan kelayakan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyertai mana-mana pilihan raya kelak, kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Malaysia merekodkan sebanyak 1,285 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 355,753 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes import.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular dan mencetuskan perdebatan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) bahawa terdapat keperluan mendesak untuk bekerjasama mempercepatkan penghasilan vaksin.
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita utama
#berita tumpuan
#Najib Razak
#Tengku Razaleigh Hamzah
#Zahid Hamidi
#UMNO
#Anwar Ibrahim
#PKR
#COVID-19
#Muhyiddin Yassin