awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Nilai tujuh pemain warisan 'hangus' sekelip mata
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa bunuh bayi dilahirkan teman wanita

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
08/04/2021
04:24 MYT
Lelaki didakwa bunuh bayi dilahirkan teman wanita
Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. - Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang pembantu kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, atas tuduhan membunuh dengan membuang bayi lelaki yang dilahirkan oleh teman wanitanya, hujung bulan lalu.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ahmad Shamil Ashraf Zainudin, 19, sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa melakukan bunuh ke atas seorang bayi lelaki yang dilahirkan oleh teman wanitanya yang berusia 18 tahun di kawasan semak tepi jalan berhampiran Pusat Asuhan Tunas Islam Ahmadiah, Pasti Ahmadiah Melaka Tengah antara jam 12.01 pagi hingga 10.30 malam, 29 Mac 2021 lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan prosiding berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Mohamad Izwan kemudian menetapkan 19 Mei ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Terdahulu media melaporkan, seorang remaja perempuan dan teman lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes buang bayi di kawasan semak berhampiran kilang Telok Mas pada 29 Mac lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, soal siasat mendapati remaja perempuan itu mengaku melahirkan bayi tersebut hasil hubungan sulit bersama teman lelakinya sebelum disahkan mengandung.
Dia mengakui telah melahirkan bayi lelaki berkenaan pada jam 12 tengah malam yang disambut oleh tertuduh lelaki di sebuah rumah di Taman Telok Mas, sebelum remaja itu bertindak memasukkan bayi yang masih hidup ke dalam kotak plastik dan dibungkus dalam plastik hitam lalu dibuang ke kawasan semak.
Bagaimanapun katanya, perbuatan tidak berperikemanusiaan pasangan kekasih itu terbongkar selepas wanita berkenaan menerima rawatan di Hospital Melaka akibat pendarahan sebelum teman lelakinya ditahan polis di pekarangan hospital itu.
Remaja perempuan itu bagaimanapun dibebaskan dengan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah.
Topic Berkaitan
#bunuh
#bayi
#remaja
#teman wanita
#kes mahkamah
#bawah umur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan