MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 April 2021.
1. Varian baharu: KKM tunggu data WHO dan CDC keberkesanan vaksin - Dr Adham
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, wujud kebimbangan mengenai dua varian terbabit iaitu South African B.1.351 dan UK B.1.17 yang kini sudah berada dalam komuniti.
2. PRU15: Pas tangguh rundingan sementara UMNO selesaikan masalah dalaman - Abdul Hadi
Ahli Parlimen Marang itu berkata, setakat ini Pas mengambil pendirian berunding dengan Bersatu selagi kemelut UMNO tidak menemui kesudahan.
3. Penerbit, pelakon iklan hari raya promosi judi akan dipanggil - Timbalan Ketua Polis Negara
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah berkata, siasatan ke atas video tersebut akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon itu.
4. Rentas negeri ke majlis perkahwinan adik punca kluster baharu di Terengganu
Kluster Taman Rakyat di Terengganu berpunca dari aktiviti rentas negeri seorang individu dari Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya yang tidak mematuhi SOP.
5. Vaksin COVID-19: KKM sedia percepatkan perolehan CanSino untuk Sarawak - Dr Adham
Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kerajaan Persekutuan memahami keperluan vaksin dos tunggal untuk Sarawak, khususnya bagi rakyat yang tinggal di kawasan pendalaman.
6. Pelakon Abu Bakar Omar meninggal dunia
Abu Bakar Omar, 72 tahun, meninggal dunia pada jam 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Centre, Alor Setar, selepas mengalami masalah jantung.
7. Vaksin COVID-19: 434,301 individu sudah lengkapkan dua dos suntikan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 1,105,890.
8. Kerjasama PH: Bincang dengan Ahli Parlimen tertentu, bukan parti - Anwar
PH tidak berbincang dengan mana-mana parti untuk berkolaborasi, namun bersama Ahli Parlimen tertentu yang berpegang teguh kepada agenda reformasi, kata Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Tindakan pantas suami selamatkan isteri terjun Jambatan Pulau Pinang
Tindakan pantas seorang lelaki yang terjun ke dalam laut berjaya menyelamatkan isterinya yang bertindak terjun dari atas Jambatan Pulau Pinang.
10. COVID-19: 2,551 kes baharu, Sarawak catat hampir 1,000 kes
Sebanyak 2,551 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 370,528 kes.

#berita tempatan
#berita pilihan
#berita hari ini
#Astro Awani
#COVID-19
#KKM
#Dr Adham Baba
#UMNO
#PAS
#PRU15
#Sarawak