Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 16, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mei 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mei 2021.
1. Mayat bapa mangsa tragedi jet ski ditemukan
Mayat lelaki yang dipercayai lemas bersama anak lelakinya di Sungai Pengkalan Baru, di sini selepas mencuba jet ski baru akhirnya ditemukan kira-kira jam 10.35 malam Sabtu.
2. Penuntut Malaysia juara pertandingan pidato umum dunia
Penuntut Malaysia Pavit Coran muncul sebagai johan Pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union (ESU) yang diadakan secara maya pada Jumaat lepas.
3. Hari Guru 2021: Konsep pembelajaran yang baik perlu sentiasa relevan - PM Muhyiddin
Perubahan yang berlaku akibat pandemik COVID-19 jelas membuktikan konsep pembelajaran tidak harus terperangkap di antara 'four walls of a room', kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
4. Agong kutuk perbuatan keji, zalim Zionis, seru umat Islam solat hajat, doa selamat
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan serangan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin pada hari-hari terakhir Ramadan adalah satu perbuatan keji dan amat zalim.
5. Ancaman Israel: PDRM bersama agensi-agensi keselamatan tingkatkan kawalan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
6. Situasi PKRC MAEPS semakin mencabar, pesakit kategori 3 bertambah
Situasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0 kini semakin mencabar dengan kemasukan lebih ramai pesakit COVID-19 kategori 3.
7. Enam syor bagi OIC perjuangkan nasib rakyat Palestin, hentikan kekejaman Israel - Hishammuddin
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghentikan segera tindakan keganasan rejim Israel di bumi Palestin ketika ini, terutamanya di Al-Quds Al- Shareef.
8. COVID-19: 3,780 kes baharu, Selangor masih catat kes tertinggi
Sebanyak 3,780 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan sepanjang 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini kepada 470,110 kes.
9. Isu Palestin-Israel: Malaysia, Indonesia dan Brunei gesa sidang tergempar PBB diadakan
Gesaan dibuat menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Indonesia, Joko Widodo serta Sultan dan Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini.
10. COVID-19: Hospital Sungai Buloh terpaksa sediakan kontena simpan jenazah
Peningkatan kes COVID-19 semakin membebankan sistem kesihatan negara apabila Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Astro Awani #COVID-19 #Palestine #Muhyiddin Yassin #vaksin