awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hospital Sungai Buloh terpaksa sediakan kontena simpan jenazah

Nailah Huda
Nailah Huda
16/05/2021
15:58 MYT
COVID-19: Hospital Sungai Buloh terpaksa sediakan kontena simpan jenazah
Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19. - Foto KKM
KUALA LUMPUR: Peningkatan kes COVID-19 semakin membebankan sistem kesihatan negara apabila Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di beberapa platform media sosial.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) untuk merawat pesakit COVID-19 mencecah 80 peratus di seluruh negara setakat hari ini.
Beberapa negeri bagaimanapun telah merekodkan penggunaan katil ICU melebihi 80 peratus, termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
“Lebih 80 peratus kematian COVID-19 di negara ini merupakan golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi,” menurut ciapan KKM.
Niaga AWANI: Hospital Sg Buloh sediakan kontena
KKM turut menambah bahawa kebanyakan mangsa korban akibat COVID-19 mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat.
“Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” kata KKM lagi.
Jabatan Perubatan Forensik @HOSPITALSGBULOH terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana #COVID19. Hari ini, enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu. Lebih 80% kematian COVID-19 pic.twitter.com/Eul26Fwkyp
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) May 16, 2021
Hari ini, 36 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan melibatkan 35 warganegara dan seorang bukan warganegara.
Sabtu pula menyaksikan angka kematian harian COVID-19 tertinggi yang pernah direkodkan dalam negara iaitu sebanyak 44 kes.
Beberapa kes kematian pada Sabtu melibatkan mangsa korban yang tidak mempunyai latar belakang penyakit, termasuk dua lelaki masing-masing berusia 55 dan 58 tahun.
Sebelum ini, beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Itali dan India mula menggunakan kontena khas bagi menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19 ketika sistem kesihatan negara masing-masing tidak mampu menampung lonjakan kes jangkitan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kontena
#jenazah
#pesakit
#ICU
#Hospital Sungai Buloh
#Sungai Buloh
#unit rawatan rapi
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#hisham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan