ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 Jun 2021.

1. Anggota bomba diserang selepas didakwa lewat tiba memadamkan kebakaran

Seorang anggota bomba cedera selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak.

2. Terjejas COVID-19: Zoo Melaka perlu RM600,000 sebulan tampung kos operasi

Zoo Melaka memerlukan kira-kira RM600,000 sebulan bagi menampung kos operasi keseluruhan pusat pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan itu yang terpaksa ditutup sementara susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan COVID-19.

3. KPM buka pengambilan khas 18,702 guru gred DG41 - Radzi Jidin

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pengambilan khas melibatkan 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 dalam masa terdekat.

4. Pemeriksaan haid: KPM tubuh jawatankuasa bebas tangani aduan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini dalam fasa terakhir menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menangani aduan seperti isu pemeriksaan haid di sekolah yang dibangkitkan baru-baru ini.

5. Buka Parlimen: Kaedah sidang ditentukan jawatankuasa bersama - PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jawatankuasa itu akan mengambil kira sama ada persidangan Parlimen boleh dibuat secara fizikal atau secara hibrid.

6. COVID-19: 5,293 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 1,680 kes

Sebanyak 5,293 kes baharu COVID-19 direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 696,408.

7. Siasatan polis: 'Saya belum dimaklumkan apa-apa setakat ini' - Takiyuddin

Siasatan ke atas pemimpin politik itu dibuat susulan laporan yang diterima polis selepas beliau mengeluarkan kenyataan mengenai persidangan Parlimen yang mengaitkan titah Yang di-Pertuan Agong.

8. COVID-19: Suntikan vaksin fasa ketiga bermula Isnin - Khairy

Suntikan vaksin bagi fasa ketiga yang melibatkan golongan dewasa melebihi usia 18 tahun di Lembah Klang akan bermula esok.

9. Pelan Pemulihan Negara bolehkan rakyat, peniaga buat perancangan lebih tersusun - Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu, ia memberi ketentuan mengenai hala tuju negara untuk keluar dari kemelut COVID-19.

10. Lengkap dos vaksin COVID-19? Kerajaan perhalusi kelonggaran termasuk rentas negeri - Khairy

Kerajaan sedang memperhalusi beberapa kelonggaran termasuk kelulusan untuk merentas negeri kepada mereka yang sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19.