awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Suntikan vaksin fasa ketiga bermula Isnin - Khairy

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/06/2021
12:48 MYT
COVID-19: Suntikan vaksin fasa ketiga bermula Isnin - Khairy
Khairy Jamaluddin menjelaskan, 99 peratus daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Kuala Lumpur dan 88 peratus di Selangor sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama atau mendapat janji temu. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Suntikan vaksin bagi fasa ketiga yang melibatkan golongan dewasa melebihi usia 18 tahun di Lembah Klang akan bermula esok.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, ini berikutan 99 peratus daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Kuala Lumpur dan 88 peratus di Selangor sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama atau mendapat janji temu.
"Sukacita saya maklumkan 99 peratus daripada warga emas dan OKU di Kuala Lumpur sudah menerima sekurang-kurangkan dos pertama serta 88 peratus di Selangor.
"Oleh yang demikian saya membuat keputusan, fasa ketiga di Lembah Klang akan bermula esok iaitu Isnin," katanya pada sidang media bersama dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu Khairy turut menjelaskan, sekiranya warga emas yang belum mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera sebelum ini, namun baharu mendaftar ketika memasuki fasa ketiga, maka mereka akan didahulukan dalam senarai vaksinasi.
"Ini bermakna vaksinasi akan dilakukan secara serentak, kita tidak akan mengambil vaksin yang diperuntukkan kepada warga emas, sebaliknya kita memang ada tambahan vaksin untuk fasa ketiga," ujarnya.
Namun begitu beliau memaklumkan, beberapa daerah seperti Putrajaya yang mana telah melengkapkan vaksinasi kepada golongan warga emas dan OKU, sudah memasuki fasa ketiga beberapa minggu yang lalu.
Khairy turut memaklumkan, mana-mana negeri yang sudah melengkapkan hampir 90 peratus fasa kedua boleh memasuki fasa ketiga.
Topic Berkaitan
#fasa ketiga
#fasa kedua
#Khairy Jamaluddin
#Kementerian Kesihatan
#warga emas
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan