Skip to main content

Malaysia

Kelantan umum 19 Mac cuti kelepasan am sempena Aidilfitri

PASIR MAS, 12 Mac -- Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud ditemui pemberita sempena Majlis Ihya Ramadan dan Penyerahan Dana Zakat Wakalah di Sekolah Menengah Ugama SMU (A) Tarbiah Diniah Meranti hari ini.
Menteri Besar Kelantan berkata keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut Syawal dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. - Gambar fail/Bernama

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju mengisytiharkan 19 Mac (Khamis) ini sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut Syawal dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Advertisement

“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video