ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Ogos 2021.
1. Janggal bagi UMNO tinggalkan PN sekarang, kata penganalisis
Adalah "amat janggal" bagi UMNO menasihatkan ahli parlimennya dan menteri serta timbalan menteri daripada parti itu untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional, menurut seorang penganalisis.
2. 31 Ahli Parlimen UMNO, BN terus sokong Kerajaan pimpinan Muhyiddin - Ismail Sabri
Sebanyak 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
3. Saya serah kepada kebijaksanaan Ahli Parlimen - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin masih mempunyai bilangan majoriti Ahli Parlimen yang menyokong beliau dan bersedia menerima sebarang kemungkinan pada sidang Parlimen bulan depan.
4. Longgar SOP: 'Jangan ingat sudah vaksinasi, kita sudah kebal' - Pakar Kesihatan
Keputusan untuk memberikan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin perlu diteliti dalam pelbagai aspek, termasuk kebimbangan mengenai ancaman varian Delta.
5. COVID-19: 20,889 kes baharu, jumlah kini lebih 1.2 juta
Kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal pada paras 20,000 kes dengan 20,889 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu. Jumlah kes baharu ini merupakan angka tertinggi sejak pandemik itu bermula lebih setahun lalu.
6. Noh Omar nafi sokong kerajaan PN, namun akui kerajaan masih sah
Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar menafikan bahawa beliau menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti didakwa pemimpin UMNO pada Jumaat.
7. Kes COVID-19 dijangka terus meningkat - Dr Hishamshah
Kes harian COVID-19 dijangka terus meningkat sebelum kadar vaksinasi negara mencapai 80 peratus pada hujung Oktober ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim.
8. PM perlu dedah nama pihak yang beri tekanan campuri urusan mahkamah - TI-M
Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin segera membuat laporan polis terhadap pihak-pihak yang mahu beliau mencampuri urusan kes mahkamah.
9. Noraini umum letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. Ahli Parlimen Parit Sulong itu yang juga Ketua Wanita UMNO, berkata tindakan itu diambil kerana akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 3 Ogos lepas.
10. Sokong Kerajaan PN: Azeez nafi khianati arahan MKT UMNO
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau mengkhianati arahan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selepas dilaporkan menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.