awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Noraini umum letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
06/08/2021
09:54 MYT
Noraini umum letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi
Noraini berkata beliau akan meneruskan usaha memerangi pandemik walaupun tidak lagi menjadi menteri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.
Ahli Parlimen Parit Sulong itu yang juga Ketua Wanita UMNO, berkata tindakan itu diambil kerana akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 3 Ogos lepas.
"Berdasarkan keputusan MKT UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.
"Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
BACA: Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Beliau berkata akan meneruskan usaha memerangi pandemik COVID-19 walaupun tidak lagi menjadi menteri.
"Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia. Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan," katanya lagi.
Pada masa sama Noraini turut berterima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan kementerian itu yang membantu beliau melaksanakan tugas.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peluang kepada beliau berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta.
Topic Berkaitan
#noraini ahmad
#Ketua Wanita Umno
#Menteri Pengajian Tinggi
#KPT
#letak jawatan
#MKT UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan