Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 21, 2021 15:51 MYT
November 21, 2021 15:51 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 November 2021.
Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 awal pagi ini berkata senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbirannya akan diumumkan pada minggu depan.
Kebajikan dan kemajuan ekonomi negeri Melaka menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan baharu yang akan terbentuk nanti.
Tiga jajahan di Kelantan bakal mengalami gangguan bekalan air melibatkan kira-kira 32,018 akaun pada Isnin.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh masing-masing dikompaun RM10,000 berikutan pelanggaran SOP Pencegahan COVID-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15.
Sejumlah 251,012 murid dan pelajar dari 752 sekolah rendah dan menengah di Kedah hari ini memulakan hari pertama persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran selepas negeri ini beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Kes jangkitan baharu COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam yang lalu menunjukkan penurunan berbanding hari sebelumnya dengan 4,854 direkodkan.
Selepas menerima pelbagai kecaman dan tekanan, Manchester United akhirnya bertindak untuk memecat Ole Gunnar Solksjaer sebagai pengurus pasukan.
Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kerana peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi bagi mengesan tanda-tanda awal peningkatan kes COVID-19 dalam negara.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menjelaskan bahawa tindakannya untuk mengangkat sumpah secara mengejut awal pagi Ahad disebabkan jadualnya yang ketat.