awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jangkitan baharu menurun, 4,854 kes direkodkan

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
21/11/2021
07:27 MYT
COVID-19: Jangkitan baharu menurun, 4,854 kes direkodkan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pandemik itu meragut 41 lagi nyawa sehingga Sabtu malam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Kes jangkitan baharu COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam yang lalu menunjukkan penurunan berbanding hari sebelumnya dengan 4,854 direkodkan.
Pada Sabtu 5,859 kes baharu dilaporkan.
Pertambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan dalam negara akibat pandemik itu mencecah angka 2,586,601.
Wabak COVID-19 juga, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meragut 41 lagi nyawa sehingga Sabtu malam, menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia sebanyak 29,978.
Pada 21 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,854 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,586,601 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/T8JDZDZPaP
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 21, 2021
Bagaimanapun, katanya sebahagian besar kes COVID-19 yang dicatatkan melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.2 peratus atau bersamaan 4,768 kes, manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 1.8 peratus iaitu sebanyak 86 kes.
Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 541 kes dan daripada jumlah itu juga, 267 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, jumlah kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 5,525 kes dengan keseluruhan kes pulih kini 2,487,809.
Pihak KKM bagaimanapun mengesan tiga lagi kluster baharu pada Ahad manakala jumlah kluster yang ditamatkan adalah 5,646.
Jumlah kluster aktif pula adalah 235.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#jangkitan
#KKM
#Malaysia
#Noor Hisham Abdullah
#pandemik
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan