MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 November 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 November 2021.
Merdeka 118 dilihat turut membawa semangat Keluarga Malaysia selain memberi peluang komuniti setempat membangunkan perniagaan.
Fasa pertama program pembasmian kemiskinan RMK12 bermula hujung Disember - Tok Pa
2. Kerajaan komited untuk menghapuskan golongan miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 dengan empat ahli keluarga, menjelang tahun 2025.
Program jualan tersebut akan dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 222 kawasan parlimen dengan kekerapan dua kali sebulan.
Kerajaan memutuskan untuk menangguh seketika (pause) usaha untuk negara bergerak ke Fasa “Peralihan ke Endemik', kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu pihak pendakwaan terkhilaf dalam merumuskan kemasukan sumbangan dalam akaun amanah Yayasan Akalbudi, sebuah yayasan kebajikan diasaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, melibatkan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Pertelagahan dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak saban minggu memasuki episod baharu apabila kedua-dua pemimpin itu dilihat saling berbalas kenyataan.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa mengarahkan harta milik usahawan kosmetik yang diburu, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat disita.
Jangkitan varian COVID-19 baharu B.1.1.529 yang kini dinamakan Omicron, mungkin lebih mudah menular berbanding varian Delta, namun setakat ini belum dipastikan sejauh mana 'ganasnya' (virulent) virus itu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Sejumlah 84 kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen sejak 22 Oktober hingga 29 November lalu.
Penantian selama 32 tahun untuk ke pusingan akhir tidak berakhir dengan sia-sia apabila Kuala Lumpur City FC (KL City) berjaya menjulang trofi Piala Malaysia sempena ulang tahun ke-100 kejohanan itu sebentar tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami