Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 1, 2021 15:59 MYT
Disember 1, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Disember 2021.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang hari ini turun padang meninjau harga barang, mengakui terdapat peningkatan harga barangan keperluan harian ketika ini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan melakukan tindakan segera dalam menangani isu kenaikan harga barangan dan makanan di seluruh negara ketika ini.
Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan Neelofa dan suaminya terhadap pertuduhan melanggar SOP PKPB di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lalu.
Dua beradik ditemui lemas di kawasan tadahan air di Kampung Sisik, Tanjung Resah, di Mersing, petang semalam.
Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dipercayai tidak sengaja memberitahu pemberita berhubung perkara itu .
Malaysia mencatatkan sebanyak 5,439 kes baharu, meningkat berbanding jumlah kes yang dilaporkan semalam.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil beberapa langkah keselamatan lebih drastik bagi mengekang penularan varian baharu COVID-19, Omicron, daripada memasuki negara ini.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan ada menerima laporan berhubung kewujudan kegiatan kartel dalam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membabitkan pegawai pelbagai peringkat.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini, 3 Disember 2021.
Seramai 65 pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.