Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 9, 2022 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Januari 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Januari 2022.
1. [LAPOR LANGSUNG] Mangsa banjir di Johor berkurangan, Pahang dan Melaka kekal
Empat daerah masih terjejas banjir melibatkan 1,063 keluarga yang ditempatkan di 47 PPS dengan Segamat terus mencatatkan mangsa tertinggi.
2. SPRM sokong Azam Baki, sifatkan tuduhan bermotif politik dendam
Kes membabitkan Azam sedang disiasat Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
3. Dikait dalam Parti Bangsa Malaysia, Zuraida enggan ambil pusing soal politik
Kata Zuraida, fokusnya kini untuk meningkatkan pasaran sawit dan pendapatan negara.
4. Prosedur perubatan Tun Mahathir berjalan lancar - IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai menjalani prosedur perubatan semalam (Sabtu).
5. Ulama tersohor Pulau Pinang meninggal dunia
Ulama tersohor dan tertua di Pulau Pinang, Datuk Syeikh Maulana Abdullah Abdul Rahman Al Bukhari Al Masyuri meninggal dunia hari ini pada usia 88 tahun.
6. Suami isteri rentung, tujuh melecur kebakaran 40 rumah di Tawau
Pasangan suami isteri ditemui rentung, manakala tujuh lagi yang lain melecur dalam insiden kebakaran 40 rumah di penempatan setinggan, Kampung Sungai Buaya, Batu 2 1/2, Jalan Apas, tengah malam tadi.
7. Pondan dipenjara lima bulan, sorok 'Long Tiger'
Seorang lelaki berwatakan wanita berusia 47 tahun dijatuhkan hukuman penjara lima bulan selepas membuat pengakuan bersalah atas tuduhan melindungi seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ Disember tahun lalu.
8. Tidak boleh bergantung kepada pengeluaran KWSP setiap kali bencana - Pakar
Pengeluaran i-Citra RM10,000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mereka yang terjejas dalam bencana banjir baru-baru ini bukan satu jalan penyelesaian yang baik untuk mangsa-mangsa banjir, kata pakar berkaitan kewangan.
9. Wanita sesat 20 jam sewaktu mendaki sendirian ditemukan selamat
Seorang wanita yang sesat hampir 20 jam di dalam hutan sewaktu melakukan aktiviti mendaki bukit di Botani Hill, Jalan Kebun Bunga di sini, diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang (JBPM) hari ini.
10. Lockdown di China? Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi, kebajikan rakyat - Khairy
Meskipun mengakui strategi itu berkesan namun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, Malaysia mengamalkan strategi mitigasi dalam mengawal pandemik COVID-19.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #Berita Harian