awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pondan dipenjara lima bulan, sorok 'Long Tiger'

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
09/01/2022
04:38 MYT
Pondan dipenjara lima bulan, sorok 'Long Tiger'
Rusli Mat didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi 'Long Tiger' selama 11 hari. - Gambar Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berwatakan wanita berusia 47 tahun dijatuhkan hukuman penjara lima bulan selepas membuat pengakuan bersalah atas tuduhan melindungi seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ Disember tahun lalu.
Tertuduh, Rusli Mat, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad, di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Ahad.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melindungi seorang lelaki bernama Abdul Hamim Abd Hamid, atau lebih dikenali sebagai Long Tiger di sebuah rumah bernombor 854A Kebun Tebu, Jalan Kuala Ketil, Kedah sekitar pukul jam 3.15 petang, 28 Disember lalu.
Rusli didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan juga denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat dan Zulfadzly Hassan manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ruzanna Abdul Rahim.
Terdahulu, peguam kepada tertuduh memohon mahkamah untuk meringankan hukuman kerana kesalahan ini merupakan kesalahan pertama yang dilakukan Rusli selain dia tidak mempunyai rekod jenayah.
Majistret Nurul Ainna kemudiannya menetapkan hukuman penjara lima bulan terhadap tertuduh.
Mengikut fakta kes, Long Tiger yang melarikan dirindari Mahkamah Tangkak, Johor telah menghubungi tertuduh pada 18 Disember pada pukul 10 pagi bagi memaklumkan untuk menumpang di rumahnya sementara menunggu masa untuk lari ke Indonesia.
‘Long Tiger’ kemudiannya dipercayai datang ke rumah tertuduh pada jam 8.45 malam hari yang sama dan menumpang di rumah berkenaan selama 11 hari.
Tertuduh didakwa dengan rela hati memberi kebenaran kepada Long Tiger untuk bersembunyi daripada pihak polis.
Namun, pada 28 Disember, pukul 3 petang, sepasukan polis telah datang ke rumah berkenaan bagi menangkap ‘Long Tiger’ dan mendapati kedua-dua mereka berada di lokasi kejadian.
Pihak polis kemudiannya telah mengetuk pintu beberapa kali dan turut memperkenalkan diri namun tertuduh didakwa tidak membuka pintu rumah tersebut serta tidak memberi kerjasama.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan sengaja melindungi ‘Long Tiger’ dengan niat hendak mengelakkannya daripada ditangkap.
Topic Berkaitan
#pondan
#Long Tiger
#pondan dipenjara lima bulan
#sorok Long Tiger
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan