Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sinar Harian
Januari 22, 2022 15:59 MYT
Januari 22, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Januari 2022.
Individu-individu itu dipercayai berhimpun kira-kira pukul 9 malam Jumaat untuk mengajak orang ramai hadir pada perhimpunan #TangkapAzamBaki.
Tiada provokasi berlaku dan para peserta dilihat berarak sambil menyanyi, memalu gendang dan bersorak.
Kementerian Pendidikan perlu mengeluarkan pekeliling mengenai kebenaran tersebut dengan segera sekiranya masih belum ada.
Semua pihak diminta untuk tidak menuding jari dengan menyalahkan sesiapa berhubung kemelut yang melanda antara pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Kerajaan tidak berhasrat untuk menangguhkan pemberian suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada rakyat seperti yang disarankan Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad tidak mahu Kerajaan Negeri terus bergerak atas ihsan pembangkang, seperti yang terjadi pada masa kini.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif di Institut Jantung Negara, di ibu negara, pada Sabtu.
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendedahkan beberapa kali menolak peluang berlumba di Eropah dan Jepun yang menawarkan keuntungan besar serta kemasyhuran, demi komitmennya terhadap negara tercinta.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata keputusan tersebut dibuat selepas pertemuan antara Biro Politik UMNO Kelantan dan Dewan Harian Pas Kelantan gagal mencari kata putus berhubung kerjasama kedua-dua parti dalam Muafakat Nasional (MN) itu.