MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 10/02/2022 | 15:58 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Februari 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Februari 2022.

1. Pemeriksaan suhu badan tidak diwajibkan di premis institusi pendidikan KPM bermula esok

Pemeriksaan suhu badan di premis institusi pendidikan bawah Kementarian Pendidikan tidak diwajibkan berkuat kuasa esok.

2. Jika tidak mahu tangguh jangan halang ceramah bersemuka - Majlis Presiden PH

Ada keperluan untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, memandangkan jumlah jangkitan varian Omicron sudah melebihi 17,000 kes, kata Majlis Presiden Pakatan Harapan.

3. Fahmi Reza didakwa buat hantaran jelik berhubung isu kuarantin menteri di Twitter

Seorang pereka grafik dan aktivis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik menerusi aplikasi Twitter miliknya membabitkan isu kuarantin terhadap menteri pulang dari lawatan rasmi di luar negara, tahun lepas.

4. COVID-19: Rt 1.47, Malaysia sekali lagi catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Malaysia terus mencipta rekod tertinggi bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) COVID-19 sejak pandemik bermula.

5. Poster provokasi: Ketua Penerangan Muda mohon maaf, sedia terima tindakan

Luqman Long memohon maaf atas sebuah poster yang dikeluarkan Penerangan Muda Kedah malam semalam yang diakui menimbulkan salah faham dan tidak mematuhi prinsip jelas dalam parti.

6. KDN cadang wujudkan kad warga asing di Sabah - Hamzah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan kad warga asing sebagai dokumen pengenalan diri untuk golongan itu yang tinggal lama di Sabah termasuk kanak-kanak.

7. Jenazah penyanyi "Apo Kono Eh Jang" selamat dikebumikan

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Apo Kono Eh Jang itu, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari tahap empat di kediamannya di Taman Cheras Idaman, pada pukul 8.39 malam Rabu.

8. Bank Negara perlu lihat kembali model pembiayaan untuk mudahkan pemilikan rumah - PM

Bank Negara perlu melihat kembali model pembiayaan perumahan untuk memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan B40 dan M40 selaras dengan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

9. 4,186 jawatan tetap tambahan diwujudkan di KKM bermula Jun - Khairy

Kerajaan bersetuju supaya sebanyak 4,186 jawatan tetap tambahan diwujudkan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun ini bagi melantik seramai 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi.

10. Keputusan buka sempadan negara diharap tidak bebankan rakyat - Hasni

Keputusan Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk membuka sempadan negara pada 1 Mac depan diharap tidak membebankan rakyat, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.



#berita pilihan #berita utama #berita tempatan #Berita AWANI