Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 20, 2022 15:59 MYT
Mei 20, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Mei 2022.
Lokaliti yang telah dikenal pasti adalah di Tongod, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Nabawan, Tuaran, Sipitang, Beaufort dan Ranau.
Premis berkaitan kanak-kanak seperti taska, tadika dan pusat jagaan di Melaka yang merekodkan lebih daripada empat kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) akan ditutup selama 10 hari.
Polis mengesahkan menerima laporan orang awam yang mendakwa terserempak dengan seekor harimau di kawasan perumahan Kemensah Heights dekat sini, pada tengah hari Jumaat.
Kesemua lembu yang dibawa masuk dari negara itu akan melalui proses kuarantin dan disahkan bebas penyakit sebelum diedarkan dalam negara ini.
Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang pada Sabtu.
Tumpuan kerajaan dan masyarakat harus terarah kepada usaha pembasmian dan penurunan kes penagihan dadah dahulu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata, meskipun belum diputuskan secara rasmi, langkah itu bagi membolehkan gerak kerja awal oleh jentera setiap parti komponen dapat dilakukan.
Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun memaklumkan perkara itu semasa pemeriksaan balas peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid ketika dirujuk buku faraid tersebut.
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin.
MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM Malaysia) meminta kerajaan untuk menyemak semula harga gula dalam keadaan isu tekanan kos yang berterusan.