awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2022
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.
1. Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam.
2. Subsidi makanan kepada golongan miskin tegar adalah lebih baik - Pakar
Dana untuk subsidi 60 sen sekilogram kepada penternak ayam, yang dipersetujui kabinet baru-baru ini, lebih baik disalurkan secara bersasar kepada golongan miskin tegar, kata Prof Datuk Dr M Nasir Shamsudin.
3. Kerjasama MN ibarat 'nyawa-nyawa ikan' - Zahid
UMNO menyifatkan kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) ibarat 'nyawa-nyawa ikan'. kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
4. Pendaki Gunung Suku hilang: Mayat kedua ditemui, operasi SAR tamat
Setelah mangsa pertama ditemukan pada 16 Mei lalu, kini mangsa kedua ditemui di bawah timbunan lokasi sektor C, iaitu di kawasan terowong berdekatan jalan besar.
5. Pemilihan PKR 2022: Iltizam Hans Isaac, Altimet sertai politik
Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, berkata dia hanya seorang akar umbi PKR yang suka bekerja dan tidak berminat untuk bermain politik sama sekali.
6. Tuntutan waris Sultan Sulu: Malaysia akan hantar nota diplomatik kepada 168 negara
Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada 168 negara yang menandatangani Konvensyen New York sebagai memberi makluman awal jika terdapat mana-mana pihak mahu membawa tuntutan mewakili pihak didakwa waris Sultan Jamalul Kiram II atau penimbang tara Dr Gondoza Stampa berhubung 'Final Award' kepada waris Sultan Sulu.
7. Perhilitan sahkan tiada kesan kehadiran harimau belang di Kemensah Heights
Siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati tiada sebarang tanda atau kesan kehadiran harimau di kawasan Kemensah Height, Hulu Kelang, di sini seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.
8. Sukan SEA Hanoi: Pecutan bertenaga Nur Aiman Zariff sumbang emas ke-37 Malaysia
Pelumba basikal negara Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menampilkan pecutan bertenaga di penghujung saingan untuk merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Wilayah Hoa Binh
9. Bukit Aman pertingkat serbuan, buru ketua sindiket dadah
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pengedaran dadah tidak boleh dihapuskan selagi ketua-ketua sindiket dadah masih berleluasa.
10. Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia rendah - Dr Noor Hisham
Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit wabak itu.
Topic Berkaitan
#berita tempatan pilihan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
#Berita Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan