KUALA LUMPUR: Siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati tiada sebarang tanda atau kesan kehadiran harimau di kawasan Kemensah Height, Hulu Kelang, di sini seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.
Perhilitan Selangor menjelaskan sembilan kakitangan daripada Ibu Pejabat Perhilitan, Perhilitan Wilayah Persekutuan dan Selangor ke lokasi kejadian selepas menerima aduan penemuan seekor harimau berkeliaran di Jalan Tropika Kemensah 3, kira-kira pukul 3 petang, Jumaat.
"Sebaik laporan diterima kita menjalankan pemantauan susulan di kawasan aduan antara pukul 11.30 malam dan 3 pagi tadi.
“Tiada kesan jejak Harimau Belang dijumpai di lokasi itu dan laluan rentis di sekitarnya kawasan aduan, malah pengawal keselamatan yang didakwa melihat haiwan berkenaan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan kehadiran hidupan liar itu," katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi Instagram di sini, pada Sabtu.
BACA: Sukar percaya insiden terserempak harimau, aktiviti riadah di Kemensah masih diteruskan
BACA: Polis terima laporan penampakan harimau di Kemensah Heights
Mengulas lanjut, Perhilitan turut menegaskan orang ramai supaya tidak membuat sebarang aduan sebelum memastikan sesuatu perkara itu sahih bagi mengelakkan berita palsu tersebar sehingga mencetuskan situasi panik.
Pun begitu, Perhilitan menyaran orang ramai supaya lebih berwaspada sekiranya terserempak dengan hidupan liar.
"Sebarang aduan atau maklumat boleh disalurkan kepada talian hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my," jelasnya
Sebelum ini tular di media sosial yang mendakwa seorang pengawal keselamatan warga Bangladesh terlihat haiwan liar itu berlegar-legar di kawasan terbabit.
Pengawal keselamatan berusia 51 tahun itu bagaimanapun ditahan kira-kira pukul 7 petang Jumaat bagi membantu siasatan.
BACA: Pengawal keselamatan dakwa temui harimau berlegar-legar ditahan - Polis
Semakan juga mendapati lelaki itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Umavathi Ramayah
Sat May 21 2022

PERHILITAN mendapati tiada sebarang tanda atau kesan kehadiran harimau di kawasan Kemensah Height, Hulu Kelang, Ampang Jaya. - Gambar hiasan/unsplash.com

Mayat pemancing lemas di Tasik Gubir ditemukan
Mayat Othman Abdul Ghani, 49, ditemui terapung pada jarak 10 meter dari tempat bot dinaikinya tenggelam pada pukul 3 petang ini.

Imigresen Perak tahan 101 warga asing
Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 101 warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat Pas Lawatan.

"Sila selesaikan masalah dalaman dulu" - Gerakan selar Presiden UMNO
Gerakan gesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelaskan segala dakwaan dibuat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Peniaga perlu pamer harga upah potong ayam dengan jelas
Perkhidmatan potong ayam tidak salah, tetapi pelanggan ada hak untuk menolaknya.

Perolehan tiga helikopter AW139 perkukuh keselamatan perairan negara
Dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.

Harga Ayam | Harga ditetapkan ambil kira semua peringkat - KPDNHEP
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, kadar harga siling ayam RM9.40 yang ditetapkan kerajaan telah mengambil kira kepentingan semua peringkat, daripada penternak hingga ke pembeli.

Panggung Wayang | Pas Kelantan kekal dengan keputusan tiada keperluan
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri itu kerana ia bukan suatu keperluan.

Hari Kemerdekaan | Rakyatkan sambutan 'Keluarga Malaysia teguh bersama'
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa sarankan Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan pembaharuan, dengan melibatkan penyertaan di peringkat komuniti dan keluarga.

Politik | Zahid tidak minta saya tandatangan SD - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memintanya menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Kerjasama Media | Cantas pengaruh pemberitaan media asing
Kerjasama institusi media Malaysia dan Indonesia perlu diperkukuhkan lagi dalam usaha mencantas pengaruh pemberitaan media asing termasuk dari segi kebudayaan, isu-isu global serta berita tidak benar. Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berpandangan, usaha itu bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara, tetapi turut mampu mengangkat kredibiliti media perdana.

Perhilitan siasat kemunculan 'pak belang' di Dungun
Perhilitan menerima laporan Ahad lalu sebelum pemantauan dibuat di kawasan berkenaan.

Perhilitan sahkan tiada kesan kehadiran harimau belang di Kemensah Heights
Perhilitan memaklumkan tiada sebarang tanda atau kesan kehadiran harimau di kawasan Kemensah Heights, Hulu Kelang, seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.

Penghantar makanan berdepan detik cemas 'disergah' harimau
Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas selepas terserempak dengan seekor harimau belang ketika dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Taman Permint, Dungun, Terengganu.

Perhilitan kesan tapak kaki harimau di Cameron Highlands
Pemantauan dilakukan bagi memastikan harimau belang itu kembali ke habitatnya dan tiada ancaman kepada penduduk.

Harimau belang: Perhilitan terus pantau Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Kehadiran haiwan itu adalah benar namun setakat ini tiada kesan tapak kaki dijumpai disebabkan keadaan rumput dan tanah yang kering.

Perhilitan siasat dakwaan harimau muncul di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya telah menghantar kakitangan dari Unit Harimau ke lokasi berkenaan untuk siasatan lanjut.

Serangan harimau: Penduduk diminta tidak keluar rumah
Langkah itu dilihat tepat bagi mengelakkan masyarakat Orang Asli daripada bahaya.

Harimau belang: Perhilitan kawal perkampungan Orang Asli Pos Bihai
Perhilitan telah memasang tiga perangkap harimau belang (perangkap wahab) iaitu dua buah di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak.

Harimau belang muncul belakang rumah
Penduduk terpaksa menjalani perintah berkurung bagi mengelakkan mereka berdepan bahaya.

Misi tangkap dua harimau belang di Pos Bihai, penduduk kampung diminta berpindah sementara
Pihak Perhilitan telah menjalankan siasatan dan memasang perangkap kamera di lokasi kejadian pada 11 Disember lepas.