Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 21, 2022 15:59 MYT
Mei 21, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam.
Dana untuk subsidi 60 sen sekilogram kepada penternak ayam, yang dipersetujui kabinet baru-baru ini, lebih baik disalurkan secara bersasar kepada golongan miskin tegar, kata Prof Datuk Dr M Nasir Shamsudin.
UMNO menyifatkan kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) ibarat 'nyawa-nyawa ikan'.
kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Setelah mangsa pertama ditemukan pada 16 Mei lalu, kini mangsa kedua ditemui di bawah timbunan lokasi sektor C, iaitu di kawasan terowong berdekatan jalan besar.
Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, berkata dia hanya seorang akar umbi PKR yang suka bekerja dan tidak berminat untuk bermain politik sama sekali.
Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada 168 negara yang menandatangani Konvensyen New York sebagai memberi makluman awal jika terdapat mana-mana pihak mahu membawa tuntutan mewakili pihak didakwa waris Sultan Jamalul Kiram II atau penimbang tara Dr Gondoza Stampa berhubung 'Final Award' kepada waris Sultan Sulu.
Siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati tiada sebarang tanda atau kesan kehadiran harimau di kawasan Kemensah Height, Hulu Kelang, di sini seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.
Pelumba basikal negara Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menampilkan pecutan bertenaga di penghujung saingan untuk merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Wilayah Hoa Binh
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pengedaran dadah tidak boleh dihapuskan selagi ketua-ketua sindiket dadah masih berleluasa.
Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit wabak itu.