Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

51648024507_TBBERITAx.jpg
51648024507_TBBERITAx.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Jun 2022.


1. SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 25 kertas siasatan berhubung salah urus pengurusan COVID-19. 


2. RUU Antilompat Parti: Kabinet sudah dimaklumkan cadangan pindaan - Wan Junaidi

Cadangan pindaan Perlembagaan berhubung larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti sudah dimaklumkan kepada jemaah menteri pada Rabu.

3. Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Dr Abdul Rahman meninggal dunia

Bekas Panglima Angkatan Tentera ke-11, Jen (B) Tan Sri Dr Abdul Rahman Abdul Hamid, 83, meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini akibat jangkitan kuman di paru-paru.

4. Ladang Tenusu Desa nafi hanya pentingkan untung, sebabkan kesesakan trafik

Ladang Tenusu Desa menafikan dakwaan bahawa syarikat itu hanya mengutamakan kutipan jualan tiket dan mengabaikan keselesaan pelawat, selain menjadi penyebab kesesakan trafik di kawasan pelancongan Kundasang, Ranau.

5. PT3 dimansuhkan mulai tahun ini - Radzi Jidin

Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini. Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam sidang media khas.

6. Pengawal keselamatan cabul kanak-kanak di sekolah dihadap ke mahkamah

Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mencabul kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun di sebuah surau sekolah agama di Tanah Merah, dua minggu lalu.

7. Polis tubuh unit tindakan khas cegah cubaan terjun dari Jambatan Pulau Pinang

Polis menubuhkan unit tindakan khas melibatkan anggota trafik untuk meronda di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di sini dalam usaha menangani cubaan terjun ke laut di kawasan berkenaan.

8. Pengedar dadah cuba lari: Suami isteri direman, anak 2 tahun diserah kepada waris

Pasangan suami isteri dipercayai pengedar dadah yang ditahan selepas merempuh kenderaan polis dalam kejadian di Ayer Tawar, Manjung, pada Rabu, direman tujuh hari bermula Khamis.

9. Harga maksimum ayam, telur dilanjutkan hingga 30 Jun

Kerajaan bersetuju melanjutkan harga maksimum runcit ayam standard, ayam super dan telur ayam menerusi Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam hingga 30 Jun ini.

10. JPJ kuat kuasa waktu terhad kenderaan barangan lalui jalan utama di Kuala Lumpur

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang semua pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan melibatkan kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kilogram memasuki jalan raya utama di bandar raya ini dari 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.

Must Watch Video

Advertisement