Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 9, 2022 15:58 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Jun 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Jun 2022.
1. Sultan Selangor titah menteri hadir Festival Bon Odori, fahami beza agama, budaya
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Datuk Idris Ahmad untuk hadir ke program Bon Odori supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.
2. Rasuah VLN: Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah satu pertuduhan pindaan
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas satu tuduhan pindaan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara
3. Bekalan pasport mencukupi, kesesakan ekoran peningkatan permohonan mendadak - KP Imigresen
Kesesakan yang dilaporkan berlaku di pejabat Imigresen terutama di kawasan Lembah Klang bukan disebabkan kekurangan bekalan pasport tetapi ekoran peningkatan mendadak permohonan dan memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa.
4. KKM, pakar kaji sakit dideritai Kazim Elias
Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias memaklumkan beberapa pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia dan universiti tempatan telah tampil untuk membantu mengkaji dan mengenal pasti penyakit misteri yang dideritainya kini.
5. PBM umum Zuraida sebagai bakal Presiden
Parti Bangsa Malaysia (PBM) memutuskan untuk mengangkat Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai bakal Presiden (president-designate) parti itu.
6. TMJ umum berundur dari JDT, serah urusan kepada pengurusan kelab
Arena bola sepak negara pada Khamis digemparkan dengan kenyataan terbaharu daripada pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT).
7. Kes HFMD dijangka menurun dalam dua hingga tiga minggu lagi - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan gelombang kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) akan menurun dalam jangka masa dua hingga tiga minggu lagi.
8. Mayat bayi ditemui dalam bagasi di tepi laut
Mayat bayi perempuan ditemui di dalam sebuah bagasi yang terapung di tepi laut berhampiran jeti Tanjung Batu Logpond di Tawau pada Rabu.
9. Dua sekolah Malaysia dalam senarai 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia
Dua Sekolah Amanah Malaysia disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.
10. Malaysia kesan dua sub varian Omicron - Khairy
Malaysia telah mengesan dua kes BA.5 dan satu BA.2.12.1, yang merupakan sub varian Omicron.
#berita tempatan #berita pilihan #berita utama #berita dalam negara #Berita AWANI