awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ umum berundur dari JDT, serah urusan kepada pengurusan kelab

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/06/2022
07:48 MYT
TMJ umum berundur dari JDT, serah urusan kepada pengurusan kelab
Menerusi status ringkas dimuat naik, Tunku Ismail mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mengambil keputusan untuk berundur disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain.
KUALA LUMPUR: Arena bola sepak negara pada Khamis digemparkan dengan kenyataan terbaharu daripada pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT).
Menerusi status ringkas dimuat naik akaun Facebook dan Twitter rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mengambil keputusan untuk berundur disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain.
Susulan keputusan itu, Tunku Ismail berkata beliau menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.
Dalam status sama yang dimuat naik kira-kira jam 3.15 petang itu, beliau turut mendoakan yang terbaik untuk JDT dan semua.
Due to my other responsibilities and commitments, I have decided to take a step back and handover the control of JDT FC to the top management of the club. I wish the club and everyone all the best. HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor pic.twitter.com/SHMNsFg9DP
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 9, 2022
“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.
“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” katanya seperti yang dikongsikan dalam laman Facebook tersebut.
Tidak sampai 30 minit status tersebut dimuat naik, ia sudah mendapat hampir 4,000 respons daripada pengguna Facebook dengan hampir 300 komen dicatatkan.
Begitupun, akaun Facebook rasmi Tunku Ismail langsung tidak berkongsikan kenyataan itu setakat jam 3.30 petang tadi.
Status terakhir dimuat naik adalah pada jam 12 tengah hari lepas, berkaitan program Lawatan Ziarah Kasih dan Penyampaian Kurniaan Tunku Ismail bagi daerah Pontian.
Laman rasmi Twitter Tunku Ismail juga masih tiada lagi kenyataan tersebut setakat jam 3.30 petang tadi dan yang terakhir adalah ciapan sama program di Pontian.
Laman Instagram Tunku Ismail juga sama, masih tiada kenyataan tersebut dimuat naik setakat artikel ini ditulis.
Topic Berkaitan
#JDT
#Johor Darul Takzim
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#TMJ
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan