KUALA LUMPUR: Malaysia telah mengesan dua kes BA.5 dan satu BA.2.12.1, yang merupakan sub varian Omicron.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ini merupakan kali pertama varian itu di kesan dalam negara.
"Kedua-dua telah dikategorikan oleh WHO (Organisasi Kesihatan dunia) sebagai VOC-LUM (jenis di bawah pemerhatian) di bawah varian Omicron. Setakat ini, faktor risiko kekal sama," katanya dalam ciapannya hari ini.
Kedua-dua varian telah dilaporan sebagai versi untuk lebih mudah berjangkit berbanding virus asal SARS-CoV-2.
Sementara itu Khairy dalam video yang dimuat naik dalam Twitter WHO hari ini berkata Malaysia telah memastikan perancangan yang disediakan Kementerian Kesihatan bagi orang ramai memutuskan untuk sama ada mereka divaksin atau tidak (untuk COVID-19), adalah semudah mungkin.
"Kementerian Kesihatan tahu bahawa akan ada keraguan (dalam mendapatkan vaksin COVID-19). Permudahkan (vaksinasi) untuk mereka (rakyat Malaysia), buat ia boleh difahami, terjemahkannya kepada seberapa banyak dialek yang mungkin, dapatkan petugas kesihatan pergi ke komuniti yang terpinggir jauh di pedalaman untuk membawa vaksin kepada mereka," katanya.
Khairy berkata perkara itu bukan sahaja mengenai berkomunikasi tetapi ia berkaitan untuk membuat orang ramai mengubah tingkah laku mereka, menyesuaikan tingkah laku mereka lebih daripada COVID-19, sains tingkah laku sebenarnya adalah barisan pertahanan pertama untuk penjagaan kesihatan awam.
"Jika anda boleh membuat orang berkelakuan berbeza untuk mempunyai tabiat menjaga kesihatan, untuk pergi mendapatkan vaksinasi mereka, maka ini akan memperkuatkan semua perkara dalam sistem penjagaan kesihatan," katanya.
Khairy menjawab soalan mengenai bagaimana Malaysia menggunakan sains tingkah laku dalam kempen vaksinasi COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ini merupakan kali pertama varian itu di kesan dalam negara. - Foto BERNAMA

Gerakan Muda GTA sedia beri saingan pada PRU15
Gerakan Muda GTA menyasarkan untuk bertanding di separuh daripada 120 kerusi pada PRU15.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus 3 RUU | Isu LCS, tindakan susulan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling
Tinjauan baru-baru ini menunjukkan segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bank ambil serius keselamatan data pemegang kad - Persatuan
Dua persatuan itu menjelaskan bank melakukan langkah balas keselamatan tambahan untuk melindungi pemegang kad.

Tawar wanita untuk dikahwini antara pendekatan tarik pembabitan anak muda dalam kumpulan radikal - GPM
Kebiasaanya anak muda yang sedang dalam proses mencari identiti lebih senang dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang sering memanipulasikan keadaan tersebut.

Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi diterbitkan hari ini
Inflasi telah mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup, sekali gus mengurangkan saiz hidangan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4445/4460 berbanding dolar AS daripada 4.4545/4570 pada Rabu.

Kejohanan Thanh Nien: Malaysia tewas di final
Malaysia berjaya ke final selepas meraih kemenangan ke atas Myanmar susulan dua perlawanan yang kurang memberangsangkan.

Malaysia kesan dua sub varian Omicron - Khairy
Malaysia telah mengesan dua kes BA.5 dan satu BA.2.12.1, yang merupakan sub varian Omicron.

COVID-19: Sub varian Omicron BA.2 kini dominan di Thailand
Sub varian Omicron BA.2 kini varian dominan di Thailand, menyumbang kira-kira 52 peratus daripada jumlah kadar jangkitan akibat COVID-19.