Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Jun 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Jun 2022.
Setiap isi rumah bakal menerima sehingga RM2,600 sekeluarga pada tahun ini.
Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta di atas dakwaan berbaur fitnah berkaitan isu pembalakan di hutan simpan kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.
Emilia Hanafi menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengenai tarikh lawatan tiga anaknya.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami patah bahu kanan, patah tangan kiri serta patah dua tulang rusuk.
Bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo tidak mempunyai sebarang sebab untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik sebaliknya ia adalah permintaan isterinya.
Filem yang mengupas kisah keberanian dan keperwiraan pahlawan Melayu, Mat Kilau meraih kutipan jualan tiket sebayak RM11 juta hanya selepas empat hari ditayangkan di pawagam
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, punca kematian mangsa adalah disebabkan lemas akibat ditekup.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk melepaskan jawatan presiden secara terhormat demi kepentingan parti itu.
Dunia perlu bertindak segera dalam mengatasi isu perubahan iklim yang dilihat tidak mempunyai sebarang solusi yang konkrit kata Pengarah Eksekutif UN Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dana Yayasan Akalbudi (YAB) berjumlah RM65 juta yang didakwa diterimanya dan dipindahkan ke akaun simpanan tetap sebuah firma guaman bukan hasil wang haram.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

