MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Ogos 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Ogos 2022.
Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat memadamkan jasa besar bekas Perdana Menteri itu.
Jabatan Penjara nafi Najib diberi layanan VIP
2. Jabatan Penjara Malaysia menafikan khabar angin bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima 'layanan istimewa' di Penjara Kajang.
Pakatan Harapan (PH) perlu penjenamaan semula sekali gus menjadikannya sebagai pilihan utama pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Amy menjadi satu-satunya pelaku seni yang menerima pingat tersebut sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73 hari ini.
Seorang ustaz dan tiga orang warden sebuah pusat pemulihan dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Rabu atas tuduhan membunuh seorang penghuni pusat itu, minggu lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa Jeremy Ong Chin Shen, 35, yang memandu kereta jenis Proton Waja dalam perjalanan pulang ke rumahnya menuju arah Batu Berendam dari Peringgit.
Terdapat ketidakpastian bila Datuk Seri Najib Tun Razak akan membayar denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes rasuah membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Sehari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Datuk Seri Najib Razak, penyokongnya hari ini menyerahkan memorandum memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seorang jurujual dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana mencuri duit tabung sebuah surau.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Rabu memberi jaminan kerajaan tidak akan membenarkan kanabis digunakan untuk tujuan rekreasi di Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami