awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta hilang kawalan, 'terbang' rempuh empat kenderaan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
24/08/2022
09:23 MYT
Kereta hilang kawalan, 'terbang' rempuh empat kenderaan
Seorang lelaki parah selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sehingga merempuh empat buah kenderaan di Jalan Batu Berendam. - Foto ihsan polis
MELAKA TENGAH: Seorang lelaki parah selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sehingga merempuh empat buah kenderaan di Jalan Batu Berendam, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa Jeremy Ong Chin Shen, 35 yang memandu kereta jenis Proton Waja dalam perjalanan pulang ke rumahnya menuju arah Batu Berendam dari Peringgit.
Rentetan itu, mangsa yang bekerja sendiri terpaksa dikejarkan ke Zon Merah Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan dalaman.
“Kereta dipandu mangsa itu hilang kawalan dan melayang sebelum terbalik di atas bumbung tempat letak kenderaan kilang Central Cable.
"Kenderaan itu kemudian jatuh menghempap sebuah Proton Wira dan dua Honda City yang juga diparkir di situ. Bagaimanapun, tiada mangsa lain yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, insiden berkenaan tular di laman sosial yang menyaksikan sebuah Proton Waja hilang kawalan sebelum 'terbang' menghempap beberapa buah kereta yang diparkir di kawasan berkenaan.
Mengulas lanjut ujar Christopher, pihaknya turut mengambil sampel darah pemandu itu bagi melakukan saringan ujian alkohol dan dadah dalam darah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#kereta terbang
#Jeremy Ong Chin Shen
#Batu Berendam
#Melaka Tengah
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan