ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Ogos 2022.
1. Selepas keluar Warisan dan Bersatu, Mohamaddin Ketapi kini sertai PBM
Selepas meninggalkan Parti Warisan dan Bersatu, Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
2. Rakyat kecewa jika Najib dibebaskan - Tun M
Rakyat akan berasa kecewa sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Razak dibebaskan selepas didapati bersalah oleh mahkamah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad
2. Final Piala FA: Terengganu isytihar cuti peristiwa 11 Sept
Kerajaan Negeri Terengganu mengisytiharkan 11 September depan sebagai cuti peristiwa susulan kejayaan pasukan bola sepak Terengganu FC melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2022 pada 10 September.
3. BERSIH sasar 2 daripada 6 tuntutan dilaksana sebelum PRU15
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyasarkan sekurang-kurangnya dua daripada enam tuntutan yang dibawa menerusi kempen ketuanan pengundi dapat direalisasikan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
4. Takwim persekolahan 2023 bermula Mac kekal - Radzi
Takwim persekolahan 2023 yang dijadual bermula pada bulan Mac kekal selepas mengambil kira pelbagai faktor, menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.
5. Syabas Malaysia! Aaron-Wooi Yik muncul juara dunia
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan kejayaan bersejarah kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan selepas muncul juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini.
6. 'Saya sudah lama tidak rasa seronok' - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui beliau sudah lama tidak berasa seronok, apatah lagi berdepan pelbagai masalah, sejak kebelakangan ini.
7. Peguam Negara tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya - Presiden Majlis Peguam
Jawatan Peguam Negara (AG) adalah tetap dan tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya, kata Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah Yee Lynn.
8. Gardenia KL sahkan harga roti naik, terkesan akibat banjir, krisis bekalan
Pengeluar produk roti, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengesahkan beberapa produknya akan mengalami kenaikan harga bermula 1 September ini.
9. Polis siasat Abdul Hadi berhubung kenyataan berbaur perkauman
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.
10. Penetapan harga siling ayam pada RM9.40 sekilogram diteruskan - Nanta
Kerajaan bersetuju penetapan harga siling bagi ayam standard di pasaran diteruskan pada harga RM9.40 sekilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Astro Awani
Sun Aug 28 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Ogos 2022.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.