Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 10, 2023 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Februari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Februari 2023.
1. Gempa bumi Turkiye: Pasukan penyelamat Malaysia tidak dapat masuk ke 'ground zero'
Pasukan penyelamat kedua Malaysia yang dihantar bagi membantu kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi Turkiye (MAS-10) yang tiba di Gaziantep pada petang Khamis, masih tidak dapat memasuki ground zero akibat masalah logistik.
2. Mulai hari ini, tak perlu lagi lekat 'roadtax' - Anthony Loke
Bermula hari ini, pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal.
3. KDNK Malaysia 2022 berkembang 8.7 peratus - BNM
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 8.7 peratus pada tahun 2022, lapor Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
4. Kajian ganja untuk perubatan masih tidak dipertimbangkan - PM Anwar
Cadangan memperkenalkan ganja untuk perubatan dalam negara masih tidak dipertimbangkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5. Penuntut cemerlang IPT maut jatuh bangunan
Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan sebuah pusat-beli belah, di sini, pada petang Khamis merupakan pelajar cemerlang dan pernah beberapa kali memenangi Anugerah Dekan.
6. Malaysia tidak terjerumus dalam kemelesetan ekonomi - Gabenor BNM
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos berkata Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi tahun ini disebabkan oleh beberapa faktor positif.
7. Hak jagaan anak perempuan Serina Redzuawan diserah kepada bekas suami
Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis memerintahkan hak jagaan anak kedua pelakon, Serina Redzuawan diberikan kepada bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh.
8. 68 peratus puas hati Anwar sebagai PM - Kaji selidik Merdeka Center
Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi tokoh pilihan rakyat dengan kadar penerimaan 68 peratus berdasarkan kaji selidik yang dijalankan firma tinjauan pendapat awam, Merdeka Center.
9. Adik Raisya sudah tiada
Kanak-kanak perempuan yang menderita kanser saraf tahap empat, Nik Raisya Aulia Nik Rashimie Bukhari, 5, meninggal dunia pada Khamis.
10. Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli
Menerusi satu notis kepada Setiausaha Agung Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #berita dalam negara #Berita AWANI