Skip to main content

Malaysia

Kajian ganja untuk perubatan masih tidak dipertimbangkan - PM Anwar

61676027891_PMBangkok.jpg
BANGKOK: Cadangan memperkenalkan ganja untuk perubatan dalam negara masih tidak dipertimbangkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga masih menunggu cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Setakat ini kita belum melihat perkara ini secara serius, kita tunggu cadangan terutama daripada Kementerian Kesihatan. Isu ini turut melibatkan aspek keselamatan," kata beliau.

Anwar berkata demikian sebagai respons kepada cadangan sesetengah pihak untuk mengkaji langkah penggunaan ganja atau kanabis dalam sektor perubatan

Thailand membenarkan penggunaan ganja untuk perubatan sejak Jun 2022 sekali gus menjadikannya sebagai negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.



Advertisement

Must Watch Video