Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 24, 2023 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Februari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Februari 2023.
1. Pekeliling mansuh aktiviti tidak berimpak besar dikeluar sebelum sesi sekolah 2023/2024
Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan pemansuhan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di sekolah yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid, sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula.
2. Kanak-kanak 12 tahun rentung dalam kebakaran
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Besah, Kuala Ketil, di sini, hari ini.
3. JAIS batal kuliah Ustaz Azhar Idrus
Penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus atau UAI berkata, pihaknya terpaksa membatalkan kuliah maghrib yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di sebuah masjid di Selangor.
4. Pembentangan Belanjawan 2023
Laporann komprehensif pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.
5. Takut replika senjata petanda jahil - Hadi Awang
Sikap pilih kasih atau 'double standard' yang diamalkan negara penjajah menjadi punca mengapa kemampuan umat Islam dalam aspek teknologi persenjataan menjadi terhad.
6. Pengeluaran RM1 juta bukan arahan Syed Saddiq - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa pengeluaran RM1 juta daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), bukan arahan daripada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
7. Bayi perempuan dua bulan maut dipercayai terhempap oleh abang
Seorang bayi perempuan maut selepas dipercayai terhempap oleh abangnya ketika sedang tidur di rumah mereka di Taman Bidara Setia, di sini, semalam.
8. Kes Bella: Siti Bainun nafi gaul cili beri makan pada Bella
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini menafikan di Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia menggaul cili untuk diberi makan kepada seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.
9. JDT pertahan Piala Sumbangsih kali ke-6, tundukkan Terengganu FC 2-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Sumbangsih) kali keenam berturut-turut selepas menundukkan Terengganu FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.
10. Belanjawan 2023: Kerajaan Perpaduan peruntuk RM388.1 bilion - Anwar
Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2023 yang memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #berita dalam negara #Berita AWANI