Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 27, 2023 15:56 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Mac 2023.
1. 'Beri bukti saya bolot kekayaan diri dan keluarga' - Dr Mahathir
Tegas Dr Mahathir, adalah mudah untuk seseorang itu membuat tuduhan, namun, jika tidak disertakan bukti, dakwaan itu bersifat fitnah.
2. Pukul, sepak, pijak kepala ibu kerana tak dapat RM20
Tindakan itu menyebabkan warga emas berusia 65 tahun mengalami kecederaan bengkak di kepala, dahi dan mata serta sakit pada bahagian badan.
3. Ahmad Zahid berjaya peroleh pasport secara kekal
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong.
4. Malaysia, Kemboja tingkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor
Malaysia dan Kemboja berharap dapat tingkatkan kerjasama dalam sektor pelaburan, industri halal, teknologi digital, pendidikan dan pertahanan, bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
5. STPM diiktiraf antarabangsa, tiada keperluan mansuh Tingkatan Enam - Fadhlina
Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
6. 8 individu cedera nahas LRT pada Mei 2021 saman Rapid Rail, Prasarana
Lapan individu yang terlibat dalam nahas Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Kelana Jaya pada Mei 2021, memfailkan saman terhadap Rapid Rail Sdn Bhd dan Prasarana Malaysia Berhad atas dakwaan cuai.
7. Zakir Naik dijangka kembali ke Malaysia
Penceramah bebas Zakir Naik dijangka kembali ke Malaysia selepas menghadiri beberapa program di Oman.
8. Bayar parkir guna kad debit tidak selamat - Ahmad Maslan
Kerajaan mengakui data pengguna yang menggunakan kad debit untuk membuat pembayaran di tempat letak kereta tanpa tunai tidak selamat dan mudah untuk diakses oleh scammer.
9. PM Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China
Satu pelaburan baharu yang merupakan komitmen tertinggi kerajaan akan diumumkan pada Rabu atau Khamis ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10. Peroleh pasport kekal: Saya hargai keputusan mahkamah - Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan pasport antarabangsa dan diplomatik diperoleh beliau secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI