Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 23, 2023 15:50 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Mei 2023.
1. Takwim sekolah mula Januari pada 2026 - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa sesi persekolahan akan kembali diawalkan pada Januari bermula 2026.
2. RM6.3 juta anjur Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani
Kerajaan membelanjakan RM6.3 juta bagi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani dikendalikan Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), membabitkan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
3. LIMA'23 buka tirai dengan aksi menakjubkan pesawat TUDM
Aksi pembukaan yang menakjubkan daripada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuka tirai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang bermula hari ini sehingga 27 Mei.
4. Dewan Rakyat: Penggunaan kalimah Allah hanya di Sabah, Sarawak - Anwar
Kerajaan tetap berpendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam penerbitan oleh orang bukan Islam di Semenanjung, kecuali di Sabah dan Sarawak.
5. Kalimah Allah: Takiyuddin dakwa AG kata penjelasan PM satu 'jawapan politik'
Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes penggunaan kalimah 'Allah' disifatkan sebagai "jawapan politik".
6. Siti Bainun kekal dipenjara, permohonan tangguh hukuman ditolak
Ini bermakna wanita berusia 31 tahun itu kekal dipenjarakan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
7. Budak maut dibaham buaya ketika cari siput
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 12 tahun dikatakan disambar buaya ketika sedang berenang menghampiri perahunya.
8. Tak semua penjawat awam kaki ponteng - Cuepacs
Kes tata tertib membabitkan ponteng atau tidak hadir bertugas seperti didedahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak menggambarkan keseluruhan sikap penjawat awam.
9. LIMA'23: PM Anwar rasmi segmen maritim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini merasmikan segmen maritim Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23).
10. LIMA'23: Aset maritim negara mula dipertonton kepada orang awam hari ini
Umpama menonton babak-babak mencemaskan dalam filem PASKAL, pembukaan rasmi Segmen Maritim sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) di Resort World Langkawi dekat sini benar-benar memukau sesiapa yang menyaksikannya.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita pilihan #Berita AWANI