KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak permohonan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun berhubung kes mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali Bella.
Ini bermakna wanita berusia 31 tahun itu kekal dipenjarakan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Hakim, Datuk Ahmad Bache memutuskan demikian selepas menolak permohonan daripada pihak pembelaan yang diwakili peguam Ahmad Faiz Munawar.
Ketika membaca keputusan penghakimannya, Ahmad berkata, mahkamah mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk membenarkan penangguhan hukuman berkenaan.
"Setelah meneliti affidavit dan hujahan, mahkamah memutuskan isu-isu yang dihujahkan oleh pembelaan tidak dapat menunjukkan alasan keadaan luar biasa.
"Oleh itu, permohonan pemohon untuk gantung hukuman ditolak," katanya.
Dalam prosiding terdahulu, Ahmad Faiz berhujah bahawa, anak guamnya mempunyai penyakit hempedu selain tahap kesihatannya semakin merudum sejak dimasukkan ke dalam penjara pada 3 Mei lepas.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad berkata, tiada laporan terperinci yang menyatakan tahap kesihatan Siti Bainun semakin merosot.
Pada 3 Mei lepas, Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.
Wanita itu dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman tersebut.
Izralizam menjatuhi hukuman itu selepas mendapati wanita berkenaan bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.
Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Pada prosiding hari ini, Siti Bainun turut diwakili peguam, Mohammad Farhan Maaruf, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.
Turut kelihatan di galeri awam mengikuti prosiding hari ini ialah keluarga wanita itu termasuk ibunya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 23 2023
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad berkata, tiada laporan terperinci yang menyatakan tahap kesihatan Siti Bainun semakin merosot. - Fail/Astro AWANI
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
Rayuan Siti Bainun terhadap sabitan, hukuman penjara ditangguh ke 30 Jan
Pendengaran rayuan Siti Bainun terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down ditangguhkan ke 30 Jan depan.
Siti Bainun alami penurunan berat, tarik perhatian umum
Difahamkan, berat badan wanita berusia 31 tahun itu kini merosot kepada 90kg sahaja.
Penjara 12 tahun, rayuan Siti Bainun didengar hari ini
Semakan laman web mahkamah mendapati, prosiding akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.
Kes Rumah Bonda cabar tindakan sita dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Panel tiga hakim mendapati terdapat merit dalam rayuan Rumah Bonda dan mahkamah juga bersetuju permohonan itu akan didengar secara substantif.
Rayuan Siti Bainun terhadap sabitan dan hukuman didengar 12 Okt
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nur Azizah Jaafar pada prosiding pengurusan kes hari ini.
Tiada keadaan khas lepaskan Siti Bainun daripada penjara - Hakim
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Siti Bainun Ahd Razali untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkannya.
Siti Bainun kekal dipenjara, permohonan tangguh hukuman ditolak
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun berhubung kes mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali Bella.
Keputusan permohonan Siti Bainun tangguh hukuman penjara diketahui 23 Mei
Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Mei untuk keputusan permohonan Siti Bainun bagi penggantungan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun.