Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Jun 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Jun 2023.
ini termasuk bantuan penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman mereka.
Inisiatif itu bakal dilaksanakan pada Ogos dan dijangka dilancarkan sebelum Hari Kemerdekaan.
Sebarang pertanyaan atau aduan oleh orang ramai terhadap PDRM mulai 1 Julai 2023 boleh disalurkan dengan menghubungi Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberi kerjasama termasuk disiasat mana-mana pihak berkuasa sekiranya beliau didakwa terlibat dalam kes rasuah.
Malaysia bertindak ofensif dan tidak menolak kemungkinan untuk menyaman kumpulan mengaku waris kesultanan Sulu, susulan kerugian yang dihadapi negara berikutan tindakan undang-undang yang dikemukakan mereka.
Kementerian Luar berjaya mengenal pasti seramai 127 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket buruh paksa hab Philippine Offshore Gaming Operator (POGO) yang ditumpaskan pihak berkuasa Filipina pada Selasa.
Jabatan Imigresen telah memulakan siasatan susulan dakwaan berlaku kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melibatkan seorang menteri pada Khamis.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing tampil menjelaskan isu tular membabitkan dirinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pengundi di Pulau Pinang khususnya pengundi Melayu akan mengundi parti yang mewakili Kerajaan Perpaduan di negeri ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Subsidi bukan bertujuan untuk memulihkan ekonomi sebaliknya untuk memastikan golongan rentan dapat menikmati kualiti hidup minimum.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

